Abul
Laits As-Samarqandi dalam kitab beliau Tanbihul Ghafilin atau Peringatan Bagi
Yang Lupa. Menceritakan perihal Syurga.
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya
Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi
Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang
bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata
dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum,
tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya
senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah
mukanya."
Kemudian
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak:
Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan orang yang
teraniaya, maka doanya terangkat diatas awan, dilihat oleh Tuhan lalu
berfirman: "Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau
hanya menanti masanya."
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga
seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus
tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin mamdud (Yang bermaksud) Dan
naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya yang tidak
pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas
dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min
qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun (Yang bermaksud) Maka tidak
seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan
yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan
tempat pecut didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Bacalah ayat: Faman
zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang bermaksud) Maka siapa
dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung."
Ibn
Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya
didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar,
kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan
setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah
dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum dilehernya(barangkali seperti
kalung atau lokek): Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka
hendaklah taat kepada Tuhanku."
Mujahid
berkata: "Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan urat-urat
pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan
buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan
duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca
ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila. (Yang bermaksud) Dan dimudahkan
buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang
berdiri maupun yang duduk dan berbaring.
Abu
hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi
Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya,
sebagaimana dahulu didunia bertambah tua."
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila ahli syurga telah masuk kesyurga
dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli syurga, Allah
akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: "Apakah itu, tidakkah
telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan
kami kedalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan
bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada
ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada
melihat zat Allah."
Anas
bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. membawa
cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad s.a.w.
bertanya kepada Jibril: "Apakah cermin yang putih ini?" Jawabnya:
"Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada dihari Jumaat,
telah dikurniakan untuk mu dan untuk ummat mu, sehingga ummat-ummat yang
sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (kristian) dan saat
dihari Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat
itu pasti ia akan diterima oleh Allah, atau berlindung kepada Allah dari suatu
bahaya, pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat)
dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan)."
Nabi
Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah Yaumal Mazid itu?" Jawab
Jibril: "Tuhan telah membuat lembah disyurga Jannatul Firdaus,
disana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat disana
disediakan mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan
ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki
para siddiqin, suhada dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang dibilik
syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap
kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, lalu Allah berfirman: "Mintalah
kepadaKu." Maka semua minta (Kami mohon keridhaanMu) Jawab Allah:"Aku
telah redho kepadamu, keridhoan sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku
muliakan kamu." Kemudian Allah menampakkan kepada mereka sehingga mereka
dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari
Jumaat kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan kehormatan
mereka.
Dalam
lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: "Berikan makan kepada para
waliKu.", maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap
rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai makan,
diperintahkan oleh Allah: "Berikan minum kepada hamba-hambaKu." maka
diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah
selesai maka Tuhan berfirman: "Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku
janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta, nescaya Aku berikan
permintaanmu." Jawab mereka: "Kami minta ridhoMu. kami minta
ridhoMu." dua tiga kali. Dijawab oleh Allah: "Aku ridho kepadamu
bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu
dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima." Maka
dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia
sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah
sehingga Allah menyuruh mereka: "Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa
beribadat." Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan
terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah
yang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah
Arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas
ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya
terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka
sehingga isteri-isteri mereka berkata: "Kamu kini lebih elok dari yang
biasa."
Abul-Laits
berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk
melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang belum
pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu mengertikan: Melihat
dzat Allah tanpa perumpamaan."
Ikrimah
berkata: "Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki
dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam
a.s. muda-mudi yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai
tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh
macam warna, maka dapat melihat mukanya dimuka isterinya, demikian pula
didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya diwajah
suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus,
lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh."
Dalam
lain riwayat: "Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya
dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata: "Seorang ahlil
kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: "Ya Abal-Qasim,
apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?" Jawab Nabi
Muhammad s.a.w.: "Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya,
seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jima
(bersetubuh)." Dia berkata: "Sedang orang yang makan, minum ia
lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kekotoran? Jawab Nabi
Muhammad s.a.w. : "Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum
bagaikan kasturi."
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah
s.w.t.: "Thuba lahum wa husnu ma ab."
Thuba
ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah disyurga,
didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar sehingga bila
seorang ingin memakan burung dapat memanggilnya dan segera jatuh diatas meja
makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa dinding(kukus, sup terlebih
kurang serupa) dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia
terbang kembali."
Dari
Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w.
yang bermaksud: "Rombongan pertama akan masuk syurga dari ummatku bagaikan
bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang
dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak
kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari
emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi
dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh
hasta."
Ibn
Abbas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya
ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala,
alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan
polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta,
usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya,
dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: "Hai
waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga
dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan,
maka dimakan oleh orang itu sekuatnya."
Dan
tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna
dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang
pertama: Salam alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud khuluha bisalamin
aminin, yang ketiga : Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun,
yang keempat: Rufi'at ankumul ahzana wal humum, yang kelima: Albasakum alhuli
wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul hurul iin, yang ketujuh: Walakum
fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun, yang
kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin, yang kesembilan: Shirtum syababa laa
tahromun dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran."
Ertinya:
1. Salam
alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2.
Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah
kesyurga dengan selamat dan aman)
3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima
kuntum ta'malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal
perbuatanmu)
4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum (
Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami
berimu pakaian dan perhiasan)
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami
kahwinkan kamu dengan bidadari)
7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa
taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam syurga segala keinginan
dan menyenangkan pandangan matamu.)
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah
berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
9. hirtum syababa laa tahromun (Kamu
menjadi muda dan tidak tua selamanya)
10.
Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil
jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu
tetangganya.)
Abul-Laits
berkata: "Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima
perkara ini iaitu:
1. Menahan dari
maksiat kerana firman Allah s.w.t.: "Wa nahannafsa anil hawa fainnal
jannat hiyal ma'wa yang bermaksud "Dan menahan nasfu dari maksiat maka
syurga tempatnya."
2. Rela dengan
pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: "Harga syurga itu
ialah tidak rakus pada dunia."
3. Rajin pada
tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan
pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : "Itu syurga
yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."
4. Cinta pada
orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan
syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: "Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan
itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."
5. Memperbanyakkan
doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.
Sebagaimana ahli hikmah
berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu
kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya
pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat
dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada
kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan
berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia.
Ada
seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang: "Kamu cukup
dengan itu tanpa roti?" Jawabnya: Saya jadikan makanan ini untuk syurga
sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke w.c,
sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai
kesyurga."
Ibrahim
bin Adham ketika masuk ketempat permandian dilarang oleh penjaganya:
"Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya." Maka ia menangis dan
berdoa: "Ya Allah, seorang untuk masuk kerumah syaitan tidak diizinkan
tanpa wang, maka bagaimana saya akan masuk ketempat para Nabi dan Siddiqin
tanpa upah?"
Tersebut
dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: "hai Anak Adam,
kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mau membeli syurga dengan harga
murah." Ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan
ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat."
Abu
Hazim berkata: "Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan
meninggalkan kesukaannya didunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat
syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung
semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan dan sedikit disamping
keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan selamat dari neraka dengan
sabar menderita satu peratus dari kesukaran."
Yahya
bin Mu'adz Arrazi berkata: "Meninggalkan dunia berat tetapi meninggalkan
syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia."
Anas
bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang
minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah,
masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga
kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."
Semoga Allah s.w.t. menghindarkan kami dari
neraka dan memasukkan kami kedalam syurga. Dan andaikan didalam syurga itu
tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan
baik, maka bagaimana padahal disyurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu
semua ada.
Anas bin Malik r.a. berkata: "Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Didalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual
beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara
beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana
keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai ke
syurga."
Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari
Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Manusia semua akan berdiri didekat
neraka, kemudian mereka menyeberang diatas sirat (jambatan) diatas neraka,
masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat,
ada yang bagaikan angin kencang, ada yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan
seperti lari orang, dan ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti
unta yang cepat dan yang akhir berjalan diatas kedua ibu jari kakinya, kemudian
tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam
pedang, berduri sedang dikanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan (seperti
cemeti yang bercangkuk-cangkuk) untuk membantol (menyeret)
orang-orang, maka ada yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan
ada yang langsung tersungkur kedalam api neraka, sedang para Malaikat itu
sama-sama berdoa: "Robbi sallim saliim" (Ya Tuhan, selamatkan,
selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk
kesyurga, maka ia selamat dari sirat, terbuka baginya pintu syurga dan merasa
tidak ada tempat baginya disyurga, sehingga dia berdoa: "Ya Tuhan, tempat
saya disini." Jawab Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini
lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu."
Maka ditempatkan disitu, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih
baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang diberikan kepadanya, lalu
ia berkata: "Ya Tuhan, tempatkanlah aku disitu." Dijawab oleh Tuhan:
"Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya."
Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." kemudian diperlihatkan kepadanya
syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah, tetapi
ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga ditanya: "Apakah kau
tidak minta?" Jawabnya: "Saya sudah minta sehingga merasa malu."
Maka firman Allah s.w.t.: "Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah
yang terendah tempat disyurga."
Abdullah bin Mas'ud berkata: "Nabi
Muhammad s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi
gerahamnya."
Dalam hadis: "Diantara wanita-wanita
didunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal
perbuatannya ketika didunia."
Firman Allah s.w.t.: "Inna ansya'nahunna
insya'a, fija'alnahunna abkara uruban atraba li ash habil yamin." yang
bermaksud: "Kami cipta mereka baru dan Kami jadikan mereka tetap gadis
yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil
yamin."
No comments:
Post a Comment