ANTARA MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh…
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA :
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat
- bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ….
Syaitan
- Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia
– Nak makan, laparlah ??
Malaikat
- Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….
Syaitan
– Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..
Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat
- Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan
- Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat
– Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan
- Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia – Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat
– Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan
– Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia – Eh, eh…. tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat
- Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan
mengetahui !
Syaitan
– Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat
– Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan
– Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..
Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat
– Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan
– Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2… pandai2lah?
Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat
– Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan
– Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya
sekali….rugila. …. (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat
- Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah
dari jalan itu ….
Syaitan
- Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?
Manusia – Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat
- Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan
– Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu….
No comments:
Post a Comment