KISAH KEDUA
KISAH KEMATIAN NABIYULLAH ADAM a.s.
Kisah
ini memberitakan kepada kita tentang saat-saat terakhir kehidupan bapak kita
Adam dan keadaannya pada saat sakaratul maut. Para Malaikat memandikannya,
memberinya wangi-wangian, mengkafaninya, menggali kuburnya, mensolatkannya,
menguburkannya dan menimbunnya dengan tanah. Mereka melakukan itu untuk
memberikan pengajaran kepada anak cucu sesudahnya, tentang bagaimana cara
menangani orang mati.
NASH HADIS
Dari
Uttiy bin Dhamurah As-Sa'di berkata, "Aku melihat seorang Syaikh di
Madinah sedang berbicara. Lalu aku bertanya tentangnya." Mereka menjawab,
"Itu adalah Ubay bin Kaab." Ubay berkata, "Ketika maut datang
menjemput Adam, dia berkata kepada anak-anaknya, 'Wahai anak-anakku, aku ingin
makan buah syurga." Lalu anak-anaknya pergi mencari untuknya. Mereka
disambut oleh para Malaikat yang telah membawa kafan Adam dan wewangiannya.
Mereka juga membawa kapak, sekop,dan cangkul.
Para
Malaikat bertanya, "Wahai anak-anak Adam, apa yang kalian cari? Atau apa
yang kalian mau? Dan ke mana kalian pergi?" Mereka menjawab, "Bapak
kami sakit, dia ingin makan buah dari syurga." Para Malaikat menjawab,
"Pulanglah, kerana ketetapan untuk bapak kalian telah tiba."
Lalu
para Malaikat datang. Hawa melihat dan mengenali mereka, maka dia berlindung
kepada Adam. Adam berkata kepada Hawa, "Menjauhlah dariku. Aku pernah
melakukan kesalahan keranamu. Biarkan aku dengan Malaikat Tuhanku Tabaraka wa
Taala." Lalu para Malaikat mencabut nyawanya, memandikannya,
mengkafaninya, memberinya wewangian, menyiapkan kuburnya dengan membuat liang
lahat di kuburnya, mensolatinya. Mereka masuk ke kuburnya dan meletakkan Adam
di dalamnya, lalu mereka meletakkan bata di atasnya. Kemudian mereka keluar
dari kubur, mereka menimbunnya dengan batu. Lalu mereka berkata, "Wahai
Bani Adam, ini adalah sunnah kalian."
PENJELASAN HADIS
Hadis
ini menceritakan berita bapak kita, Adam manakala maut datang menjemputnya
-Adam rindu buah syurga. Ini menunjukkan betapa cinta Adam kepada syurga dan
kerinduannya untuk kembali kepadanya. Bagaimana dia tidak rindu syurga,
sementara dia pernah tinggal di dalamnya, merasakan kenikmatan dan keenakannya
untuk beberapa saat.
Bisa
jadi keinginan Adam untuk makan buah syurga merupakan tanda dekatnya ajal.
Sebahagian hadis menyatakan bahawa Adam mengetahui hitungan tahun-tahun
umurnya. Dia menghitung umurnya yang telah berlalu. Nampaknya dia mengetahui
bahawa tahun-tahun umurnya telah habis. Perpindahannya ke alam Akhirat telah
dekat. Dan tanpa ragu, Adam mengetahui bahawa anak-anaknya tidak mungkin
memenuhi permintaannya.
Mana
mungkin mereka bisa menembus syurga lalu memetik buahnya. Anak-anak Adam juga
menyedari hal itu. Akan tetapi, kerana rasa bakti mereka kepada bapak mereka,
hal itulah yang mendorong mereka untuk berangkat mencari.
Belum
jauh anak-anak Adam meninggalkan bapaknya, mereka telah dihadang oleh beberapa
Malaikat yang menjelma dalam wujud orang lelaki. Mereka telah membawa
perlengkapan untuk menyiapkan orang mati.
Para
Malaikat memperagakan apa yang dilakukan oleh kaum muslimin terhadap jenazah
seperti pada hari ini. Mereka membawa kafan, wewangian, juga membawa kapak,
cangkul, dan sekop yang lazim diperlukan untuk menggali kubur.
Ketika
anak-anak Adam menyampaikan tujuan mereka dan apa yang mereka cari, para
Malaikat meminta mereka untuk pulang kepada bapak mereka, kerana bapak mereka
telah habis umurnya dan ditetapkan ajalnya. Manakala para Malaikat maut datang
kepada Adam, Hawa mengenalinya sehingga dia berlindung kepada Adam. Sepertinya
Hawa hendak membujuk Adam agar memilih hidup di dunia, kerana para Rasul tidak
diambil nyawanya sebelum mereka diberi pilihan (antara kehidupan dunia dan
Akhirat .pen) sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita.
Adam tidak menggubris dan menghardiknya dengan berkata, "Menjauhlah
dariku, kerana aku pernah melakukan dosa keranamu." Adam mengisyaratkan
rayuan Hawa untuk makan pohon yang dilarang semasa keduanya berada di syurga.
Para
Malaikat mengambil ruh Adam. Mereka sendirilah yang mengurusi jenazahnya dan
menguburkannya, sementara anak-anak Adam melihat mereka. Para Malaikat itu
memandikannya, mengkafaninya, memberinya wangi-wangian, menggali kuburnya,
membuat liang lahat, mensolatinya, masuk ke kuburnya, meletakkannya di
dalamnya, lalu mereka menutupnya dengan bata. Kemudian mereka keluar dari kubur
dan menimbunkan tanah kepadanya. Para Malaikat mengajarkan semua itu kepada
anak-anak Adam. Mereka berkata, "Wahai Bani Adam, ini adalah sunnah
kalian." Yakni, cara yang Allah pilih untuk kalian dalam hal mengurusi
mayat kalian.Cara ini adalah syariat umum yang berlaku untuk seluruh Rasul dan
semua orang beriman di bumi ini, mulai sejak saat itu sampai sekarang. Dan cara
apa pun yang menyelisihinya berarti menyimpang dari petunjuk Allah, yang besar
kecilnya tergantung pada kadar penyimpangannya. Barang siapa melihat tuntunan
kaum muslimin dalam urusan jenazah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., maka
dia pasti melihat kesamaan antara hal itu dengan perlakuan para Malaikat kepada
Adam. Sepanjang sejarah, petunjuk ini telah banyak diselisihi oleh sebahagian
besar umat manusia. Ada yang membakar orang mati. Ada yang membangun
bangunan-bangunan megah, seperti piramid, untuk mengubur orang mati dengan
meletakkan makanan, minuman, mutiara dan perhiasan bersamanya. Ada yang
meletakkan mayat di kotak batu atau kayu. Semua itu menuntut biaya yang mahal
dan hanya membuang-buang energi untuk sesuatu yang tidak berguna. Dan yang
paling utama, semua itu telah menyelisihi petunjuk yang Allah syariatkan kepada
mayat Bani Adam.
PELAJARAN-PELAJARAN
DAN FAEDAH-FAEDAH HADIS
1. Disyariatkan menyiapkan mayat dan
menguburkannya seperti disebutkan di dalam hadis.
2. Sunnah terhadap mayat adalah petunjuk
semua Rasul dalam setiap syariat mereka.
3.
Pengajaran Malaikat kepada anak-anak
Adam tentang sunnah ini dengan ucapan dan perbuatan.
4. Semua cara menangani mayat selain cara
yang disebutkan di dalam hadis di atas adalah penyimpangan dari manhaj dan
petunjuk Allah.
5. Keutamaan bapak kita Adam, di mana para
Malaikat mengurusi jenazahnya, mensolatkannya dan menguburkannya.
6.
Kemampuan para Malaikat untuk
menjelma menjadi manusia dan melakukan sesuatu yang dilakukan oleh manusia.
7. Sudah munculnya beberapa peralatann sejak
zaman manusia pertama, seperti kapak, cangkul dan sekop.
8. Seseorang harus berhati-hati terhadap
isterinya yang bisa menjadi penyebab penyimpangannya. Adam memakan buah kerana
hasutan Hawa. Dan Allah telah meminta kita agar berhati-hati terhadap
sebahagian isteri dan anak-anak kita, "Sesungguhnya
di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka
berhati-hatilah terhadap mereka. " (QS. At-Thaghabun: 14)
No comments:
Post a Comment