LELAKI SOLEH PILIHAN WANITA
Segala puji hanya untuk Allah SWT,Pemilik sekalian
alam,selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Jarang-jarang sekali kita baca kiriman-kiriman di
facebook tentang muslimin idaman. atau lelaki soleh....yang paling kerap adalah
tentang wanita solehah, muslimah solehah dan macam-macam lagi semuanya tuntutan
untuk wanita...syukran di atas semua ingatan-ingatan yg telah di kirim...namun
begitu seorang muslimah pun pasti ternanti nanti seorang muslimin idaman
mereka.....Ini lah Permata Idaman Mutiara syurga LELAKI SOLEH....
kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang
baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
Lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh
itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai
oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.Sebagaimana yang
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An Nuur ayat yang ke-26..
الْخَبِيثَاتُ
لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ
وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ
مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (٢٦)
Maksudnya
:- (lazimnya)
perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan
lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki
Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah
bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat);
mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan
Yang mulia.
Surah An Nur : Ayat 26
Namun Siapakah Lelaki Soleh? Kita Sudah Sering Mendengar
Lelaki Soleh, Namun Bagaimana Ciri- Cirinya?
Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk
abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi
memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka
adalah dari segi keimanan, keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal
perbuatan.
Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan
perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui
tanda-tanda kebaikan mereka.
Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah
sebagai berikut:
وَسَارِعُوا
إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ
أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (١٣٣)الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ
وَالضَّرَّاءِوَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ
يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (١٣٤)
Maksudnya
:- “Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka
membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya,
mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah
dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan
mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah
orang-orang yang soleh”.
Surah
Ali Imran Ayat 133-134).
SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH
Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang
lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya,
mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta
sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong
kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.
Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa
taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada
bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan
diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan
masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan
dan sebaliknya.
TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan
yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna,
maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas
kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak
kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya
dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang
lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah
lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan
dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan
dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup
seseorang itu.
KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN
OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah
saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program
hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang
tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari
Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan
ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak
mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang
mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan
ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan
kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi
keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh
kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada
keluarga.
Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang
soleh juga merupakan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan
daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka
menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam
keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan
tekanan musuh.
Lelaki Soleh Sebagai
Anak..
Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai,
dididik dan diasuh dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu
kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan
hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu. Manakala
ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya dalam keadaan yang baik
agar kita dapat hidup dengan selesa dan sempurna.
Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua
ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka
ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya
ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka
bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak
bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Sentiasalah
berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi
kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga
bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan
anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.
Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW
bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada
Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad
bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi
aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis".
Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti
tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)
Jadi perintah
ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita
wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum
agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.
Riwayat dr Abdullah Ibn Amru ibnu Ash.r.a.sabda
Rasul/SAW'Dosa2 besar itu mengutukan Allah, derhaka kepada orang tua, membunuh
jiwa dan sumpah palsu '(bukhari) lagi sabdanya' Tiga macam org yg di haramkan
syurga atas mereka oleh Allah Taala, pecandu khamar, orang yg derhaka kepada
kedua ibu bapa dan orang yg membenarkan perbuatan keji oleh isterinya..(Ahmad)
Lelaki Soleh Sebagai Suami, Ayah
Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........
1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan
tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap
isteri.
1. MENCARI NAFKAH.......... Tugas mencari
nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang
berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk
bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah
kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah
sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang
lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia
wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini,
dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah
swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan
berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki
soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya
sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di
akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya
akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama
Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka
engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia,
maka engkau akan RUGI semuanya.
"
Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik,
kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan
amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan
sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".
Inilah
antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah
dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah
seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama:
Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia
meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.
Kedua
: Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa
kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan
peraturan-peraturan umum.
Antara
cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat
orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan
penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang
bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.
2. BERJIHAD FISABILILLAH Jihad merupakan amal
yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh
yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan
takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum
bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu
MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan
utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh.
Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB'
yakni TERBUNUH atau MENANG.
3. MELINDUNGI
DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya
sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas
dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh
haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak
akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.
"
Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan
langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan
mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang
tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba
untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."
Inilah
laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan
mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya
sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi
untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam
4. MEMIMPIN
DAN MENDIDIK ISTERI......
1. Mengajar
dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri yang tidak solehah
menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2. Menangani
isteri yang cerdik sungguh. dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia
menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah
cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah
ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi
sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut
nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki
soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan
senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga
akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami
yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia
senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan
isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan
rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.
Seorang
lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku
buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
Seorang
lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi
kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh
memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang
lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti
berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha
maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia
akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh
seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas
dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau
pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.
Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan
memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki
soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib
keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan
mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika
jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.
Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau
anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu
mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan
mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama,
seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat
ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.
Rasulullah bersabda“ Sesempurna-sempurna keimanan
seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah
yang paling baik kepada isteri – isterinya “.
( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada
keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik
kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi pernikahan yang penuh barakah, akan
terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta
disempurna dengan wanita solehah
Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu
adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik
diantara kamu terhadap isteriku. (HR Ibnu Majah)
Hayatilah kisah2 Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW
bersama keluarganya...
Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan
berkeluarga.......
*Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
*Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
*Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.
~~Renung-renungkan lah dan mari beramal..~
No comments:
Post a Comment