KITAB 40 HADITH PENAWAR HATI
MUQADDIMAH
Hati manusia adalah
tempat pandangan Allah Subhanahu Wataala. Ia merupakan tapak semaian iman,
tempat bertunas dan bercambahnya keseluruh anggota badan dalam bentuk amalan
yang merupakan bunga atau buah daripada apa yang telah tertanam di dalam hati.
Hati manusia adalah
tempat yang dipilih oleh Allah Subhanahu Wataala sebagai wadah atau pun bekas
kepada fitrah, aqal dan hikmah. Oleh itu hati sanubari adalah sentiasa jujur
dan benar walaupun terkadang mulut berbohong dan tangan pandai mengambil
sesuatu yang haram.
Hati manusia pula
adalah raja bagi seluruh anggota badan. Ia merupakan sumber pergerakan dan
tindakan. Apabila hati itu baik maka akan baiklah seluruh anggota badan dan
apabila hati itu rosak akan rosaklah seluruh anggota badan, seperti apa yang
telah disabdakan oleh Rasullullah s.a.w. dalam sebuah hadith yang berbunyi ;-
Ertinya
:
Perhatikan!
Sesungguhnya di dalam badan seseorang itu ada seketul daging; apabila ia baik
maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak maka akan rosaklah
seluruh anggota badan. Ketahuilah! Itulah yang dinamakan hati”.
Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maka hati yang baik
akan menyuruh anggota badannya membuat kebaikan dan sebaliknya hati yang rosak
akan menyuruh anggota badannya berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
Pada mulanya, hati
setiap insan adalah baik. Hati seseorang telah diciptakan oleh Allah Subhanahu
Wataala menerusi fitrah manusia yang semula jadi yang meminati dan mencintai
setiap yang baik dan membenci setiap yang tidak baik. Maka atas dasar nilah
diletakkan hukum taklif ataupun hukum-hukum syara’ kepada seseorang, seterusnya
lalu Allah Subhanahu Wataala menyempurnakan pemberianNya kepada insan dengan
mengutuskan para Rasul yang membimbing manusia ke jalan kebenaran dan juga
Allah Subhanahu Wataala menurunkan kitab-kitab untuk menjadi pegangan hidup
yang dapat menjamin kebahgiaan mereka akhirat nanti. Maka apabila manusia
mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh para Rasul dan berpegang teguh dengan
kitab yang diturunkan, mereka akan dapat memperolehi pertunjuk yang akan
membawa mereka untuk mencapai keredhoan Allah Subhanahu Wataala dan terhindar
daripada jalan kesesatan yang dimurkaiNya.
Tetapi manusia ini ada
mempunyai musuh yang sangat pandai dan sangat mendendam kepadanya, iaitu iblis
yang telah bersumpah di hadapan Allah Subhanahu Wataala untuk menyesatkannya.
Iblis selalu mengkuda hati manusia. Ia berusaha untuk membalut fitrah suci yang
ada dihati manusia dengan balutan daripada hawa nafsu, syahwat dan berbagai
lapisan lagi, iblis tidak akan berputus asa dari menjadi matlamat yang telah
disumpahkannya di hadapan Allah Subhanahu Wataala itu. Ia akan berbuat segala
sesuatu yang dapat memesongkan manusia daripada beribadat kepada Allah
Subhanahu Wataala yang merupakan matlamat hidupnya yang sebenar. Maka apabila
iblis masuk ke dalam hati seseorang, ia akan membisikkan suatu kesenangan atau
kebahgiaan dunia ini, lalu ia mendorongnya untuk merebut peluang yang ada,
sedia ada dihati manusia sebagai kesempurnaan fitrahNya. Seterusnya apabila
hati seseorang telah tergoda dan matanya telah tertutup dengan bayarangan
kelazatan hawa nafsu dan syahwat, maka ketika itulah manusia akan melupakan
Tuhannya sehingga ia berani berbuat maksiat yang mengakibatkan satu titik hitam
telah tumbuh dilembaran suci fitrah yang ada di dalam hati.
Selanjutnya, apabila
keadaan ini dibiarkan, kotoran yang mendap dihati tidak dibersihkan, titik
hitam yang mengotori lembaran fitrah itu tidak dicuci dengan air taubat, maka
lembaran hati yang terguris dengan titik hitam itu akan bertambah hitam,
sehingga maksiat demia maksiat yang dilakukan yang menyebabkan kekotoran yang
sangat teruk di dalam hati yang memudahkan bagi iblis untuk menguasainya. Maka
apabila hati sudah ditawan oleh iblis, hati akan kurang membenci kemaksiatan
bahkan terkadang merasa seronok berbuat maksiat dan akhirnya sampai ke
peringkat ia merasa bangga dan bermacam-macam maksiat yang dilakukannya. Hati
yang sudah sampai ke peringkat ini bermakna ia sudah terlalu sakit dan sangat
susah untuk diubati. Lembaran putih fitrah telah menjadi hitam legam dan sudah
terlalu susah untuk diersihkan. Hati yang seperti inilah yang dinamakan hati
yang keras, hati yang tidak sensitive dengan dosa walaupun sebenarnya ia
melakukan dosa yang besar, apakan lagi kalau hanya dosa yang kecil-kecil. Hati
yang telah tertutup dengan selaput hawa nafsu, syahwat dan berbagai lapisan
lagi, sehingga ia susah menerima nasihat dan teguran orang lain.
Mudah-mudahan 40
Hadith Penawar Hati yang dihimpunkan di sini akan menjadiPENAWAR kepada
hati kita, yang mana hati kita sentiasa memerlukan kepada Penawar dan rawatan
yang berterusan dari semasa ke semasa. Amin.
Wassalamualaikum
warohmatullahi wabarokatuh.
Salam hormat dari
Ghazali Jilin
Lamborian
No comments:
Post a Comment