ORANG PERTAMA DICAMPAKKAN KE
NERAKA
Daripada Abu Hurairah R.A
,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya manusia yang
pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. Orang
itu dihadirkan di hadapan Allah ,lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah
diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.Allah bertanya
:Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ? " Orang
itu menjawab . "Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh. " Allah
berfirman : "Engkau berdusta!! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut
sebagai pemberani. " Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya
sebegitu.
Orang itu lalu diseret di
atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.Allah lalu memanggil
seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran .Orang ini
dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia
mengingatinya. Allah lalu bertanya :"Apakah yang engkau lakukan untuk
mensyukuri nikmat-nikmat ini ?" Dia menjawab :"Aku
mempelajari ilmu ,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran." Allah berfirman:
"Engkau berdusta!! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim ,dan
membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)". Dan sememangnya orang
ramai menyebutnya seperti itu.
Orang itu lalu diseret di
atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Allah lalu memanggil
seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah .Orang ini dihadirkan
,lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya
.Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri
nikmat-nikmat ini?" Dia menjawab : "Aku membelanjakannya di
tempat-tempat yang engkau kehendaki." Allah berfirman: "Engkau
berdusta!! Akan tetapi engaku melakukannya agar dikenali sebagai
dermawan."Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu
diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat
Muslim)
Riyak dan Sum'ah
Hadis ini menyebut bahawa antara orang pertama yang masuk ke neraka ialah mereka yang suka menipu agama Allah. Mereka memang beribadah, namun ibadat itu tidak diniatkan kerana Allah, sebaliknya mereka beribadah agar menjadi buah mulut dan sebutan ramai. Sikap seperti ini disebut riyak dan sum'ah, melakukan ibadah untuk manusia bukan kerana Allah. Riyak berkaitan dengan penglihatan manusia ,sementara sum'ah berkaitan dengan pendengaran. Sesiapa beramal agar dilihat manusia, maka itu riyak, dan siapa yang beramal agar berita amalan itu didengar manusia, maka itu sum'ah. Kedua-duanya mengundang murka Allah s.w.t. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah s.w.t berfirman: "Sesiapa yang melakukan suatu amalan sambil mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain, maka Aku berlepas daripadanya. Amalan itu untuk pihak yang disekutukannya itu." Qatadah seorang ulama tabiin di Basrah berkata: "Apabila seorang hamba melakukan ibadah dengan riyak, Allah s.w.t berfirman kepada para malaikat : "Tengoklah hamba-Ku ini,dia sedang mempersendakan diri-Ku. "Riyak dan sum'ah ialah syirik kecil yang merosakkan ibadah. Sesiapa yang melakukan ibadah kerana menginginkan pujian manusia, hakikatnya dia telah menghapuskan pahala ibadah tersebut. Dia tidak akan mendapatkan apa-apa ganjaran daripada Allah s.w.t kelak.
No comments:
Post a Comment