Tuesday, 15 March 2016

BANTAHAN ADAM KEPADA MUSA

KISAH KETUJUH
BANTAHAN ADAM KEPADA MUSA

Kisah ini hanya bisa diketahui melalui wahyu, kerana ia berbicara tentang pertemuan yang tidak disaksikan oleh manusia. Pertemuan Adam dengan Musa. Pertemuan ini terwujud atas dasar permintaan dari Musa. Kita tidak tahu bagaimana hal ini terwujud, akan tetapi kita yakin bahawa ia terjadi kerana berita Rasulullah s.a.w. pastilah benar. Pertemuan seperti ini terjadi pada Rasulullah s.a.w. manakala beliau bertemu dengan para Nabi dan Rasul di malam Isra' dan beliau solat berjamaah dengan mereka sebagai imam di masjid Al-Aqsa.

Pada saat Mi’raj ke langit beliau berbincang dengan sebahagian dari mereka. Tujuan Musa dengan pertemuan itu adalah untuk berbincang-bincang langsung dengan Adam dan menyalahkannya kerana Adam telah mengeluarkan dirinya dan anak cucunya dari syurga lantaran dosa yang dilakukannya. Akan tetapi pada saat itu Adam mengemukakan alasan yang membuat Musa terdiam. Rasulullah s.a.w. mengakui bahawa Adam telah mengalahkan hujjah Musa a.s..

NASH HADIS

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam Shahih keduanya dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Adam dan Musa berdebat di sisi Tuhan keduanya. Maka Adam mengalahkan hujjah Musa." Musa berkata, ’Kamu adalah Adam yang diciptakan oleh Allah dengan tangan-Nya. Dia meniupkan ruh-Nya padamu, Dia memerintahkan Malaikat sujud kepadamu, dan Dia mengizinkanmu tinggal di syurga-Nya. Kemudian gara-gara kesalahanmu, kamu menjadikan manusia diturunkan ke bumi.’

Adam menjawab, Kamu adalah Musa yang dipilih oleh Allah dengan risalah dan Kalam-Nya. Dia memberimu Lauh [kepingan kayu atau batu; pent] yang berisi penjelasan tentang segala sesuatu. Dia telah mendekatkanmu kepada-Nya sewaktu kamu bermunajat kepada-Nya. Berapa lama kamu mendapatkan Allah telah menulis Taurat sebelum aku diciptakan?’ Musa menjawab, ’Empat puluh tahun.’ Adam bertanya, ’Apakah di sana tertulis, ' Dan durhakalah Adam kepada Allah dan sesatlah dia.’ (QS. Thaha: 121)?’

Musa menjawab, ’Ya.’ Adam berkata, ’Apakah kamu menyalahkanku hanya kerana aku melakukan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah atasku empat puluh tahun sebelum Dia mmenciptakanku?’

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Adam mengatasi hujjah Musa." Riwayat di atas adalah riwayat Muslim. Dalam riwayat Bukhari, "Adam dan Musa saling beradu argumen. Musa berkata kepada Adam, 'Kamu Adam yang dikeluarkan dari syurga kerana kesalahanmu.’ Adam menjawab, ’Kamu Musa yang telah dipilih oleh Allah dengan risalah dan Kalam-Nya, kemudian kamu menyalahkanku hanya kerana aku melakukan sesuatu yang telah ditakdirkan atasku sebelum aku diciptakan.’

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Maka Adam mengalahkan dalil Musa." Ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebanyak dua kali. Dalam riwayat Bukhari juga, "Adam dan Musa saling berdebat. Musa berkata, ’Ya Adam, kamu sebagai bapak kami telah mengecewakan kami. Kamu membuat kami dikeluarkan dari syurga.’ Adam menjawab, ’Ya Musa, Allah telah mengangkatmu dengan Kalam-Nya dan Dia menulis untukmu dengan tangan-Nya, apakah kamu menyalahkanku hanya kerana perkara yang aku lakukan yang telah ditakdirkan oleh Allah atasku empat puluh tahun sebelum Dia menciptakanku?’ Rasulullah s.a.w. bersabda, "Maka Adam mengatasi Musa." Tiga kali.

Oleh kerana itu, ketika Musa bertemu dengan bapaknya, Adam, dia mencelanya atas perbuatannya yang membuat dirinya dan anak cucunya keluar dari syurga. Dalam perbincangan tersebut Musa mengingatkan Adam akan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepadanya, di mana Allah menciptakannya dengan tangan-Nya, sementara makhluk yang lain diciptakan dengan kata "Kun". Allah meniupkan ruh-Nya padanya, menyuruh para Malaikat bersujud kepadanya, mengizinkannya tinggal di syurga; dan barangsiapa diberi kemuliaan itu oleh Allah, maka tidak sepantasnya ia tidak mendurhakai-Nya sehingga tidak menurunkan dirinya dan anak cucunya dari syurga.

Adam merespon celaan Musa dengan celaan juga. Adam membantah ucapan Musa. Dia mengingkari Musa, bagaimana sikap menyalahkan ini bisa keluar dari orang seperti Musa. Adam menyebutkan keutamaan Musa yang diberikan Allah kepadanya. Adam berkata kepada Musa, "Kamu Musa yang telah diangkat oleh Allah dengan risalah dan Kalam-Nya. Dia memberimu Lauh yang berisi penjelasan tentang segala sesuatu. Dia mendekatkanmu kepada-Nya ketika kamu bermunajat. Berapa lama kamu mendapati Allah menulis Taurat sebelum aku diciptakan?" Musa menjawab, "Empat puluh tahun."

Adam bertanya, "Apakah kamu mendapati, 'Dan Adam durhaka kepada Tuhannya, maka dia sesat (QS. Thaha: 121). " Musa menjawab, "Ya." Adam berkata, "Apakah kamu menyalahkanku kerana satu perbuatan yang aku lakukan yang telah ditakdirkan oleh Allah atasku empat puluh tahun sebelum aku diciptakan?"

Rasulullah s.a.w. telah menyatakan bahawa Adam mengatasiucapan Musa. Mungkin ada yang bertanya, "Bagaimana bisai tu? Bagaimana Adam unggul dalam argumennya?" Jawabannya adalah bahawa Musa menyalahkan Adam kerana Adam telah mengeluarkan dirinya dan anak cucunya dari syurga. Maka Adam menjawabnya, "Saya tidak mengeluarkan kalian dari syurga, akan tetapi Allahlah yang menjadikan keluarnya diriku sebagai kerana aku memakan pohon." Maka pengeluaran Adam bukan sesuatu yang lazim jika ia tidak diinginkan oleh Allah Tabaraka wa Taala, kerana mungkin saja Allah mengampuninya tanpa mengeluarkannya dari syurga dan mungkin juga Allah menghukum Adam dengan hukuman lain, bukan dengan mengeluarkannya dari syurga, akan tetapi hikmah-Nya menuntut mengeluarkan Adam dari syurga kerana kebaikan yang banyak dan besar yang diketahui oleh-Nya. Oleh kerana itu, Adam mencela Musa atas celaannya kepadanya kerana satu perkara yang telah dikehendaki dan ditakdirkan oleh Allah dan hal itu sendiri bukan sesuatu yang lazim dari perbuatan Adam. Hadis ini membantah para pendusta takdir, kerana hadis ini menetapkan takdir terdahulu dan dalil-dalil yang menetapkan takdir adalah dalil-dalil yang ketetapannya pasti dan dalalah-nya juga pasti, maka tidak ada peluang untuk mendustakan dan mengingkari takdir. Barangsiapa mendustakannya, maka dia tidak mengerti permasalahan yang sebenarnya.

Hadis ini dicatut oleh kelompok Jabariiyah di mana–kata mereka– hamba adalah orang yang terpaksa dalam perbuatannya. Padahal, hadis ini tidak menunjukkan itu. Adam tidak membantah Musa dengan cara ini. Dan masalahnya adalah seperti yang telah aku jelaskan dan aku tetapkan.Wallahu a'lam.

PELAJARAN-PELAJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH HADIS

1.      Dialog antara orang-orang yang soleh dalam masalah yang musykil, seperti Adam yang berdialog dengan Musa. Dan diwajibkan atas peserta dialog untuk tunduk kepada kebenaran jika ia telah jelas setelah sebelumnya samar, seperti Musa yang tunduk pada hujjah Adam.

2.      Kewajiban beriman kepada perkara ghaib yang benar. Allah telah memuji orang-orang mukmin bahawa mereka beriman kepada yang ghaib. Di antara perkara ghaib yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w. adalah percakapan yang terjadi antara Adam dan Musa. Adapun perkara ghaib yang dituntutan oleh sebahagian orang tanpa berpijak pada dalil yang benar, maka hal itu termasuk berkata atas nama Allah tanpa ilmu.

3.      Pelaku dialog hendaknya mengenal kelebihan lawan dialognya. Adam dan Musa masing-masing menyebutkan keunggulan lawannya dan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

4.      Hadis ini menetapkan takdir yang mendahului. Banyak sekali dalil-dalil dalam hal ini. Hadis ini membantah Qadariyah, kelompok yang menafikan takdir yang mendahului, termasuk kelompok Mu'tazilah.

5.      Keterangan tentang keutamaan khusus yang dimiliki oleh Adam. Allah menciptakannya dengan tangan-Nya, memerintahkan para Malaikat untuk sujud kepadanya, mengizinkannya tinggal di syurga-Nya. Sementara keistimewaan Musa bahawa Allah mengangkatnya dengan risalah dan Kalam-Nya. Dia memberinya Lauh yang mengandung penjelasan tentang segala sesuatu, dan Dia mendekatkannya ketika dia bermunajat kepada-Nya. Keistimewaan-keistimewaan ini dimiliki oleh keduanya. Sebahagian telah disebutkan secara nyata di dalam Al-Qur'an dan sebahagian lain ditunjukkan oleh hadis-hadis lain selain hadis ini.

6.      Penetapan sifat tangan bagi Allah. Sifat ini tidak boleh dinafikan dan tidak boleh didustakan, sebagaimana tidak boleh menyamakan tangan Allah dengan tangan para makhluk, berpijak pada firman Allah, " Tidak sesuatu pun yang serupa dengan-Nya. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (QS. Asy-Syura: 11)

7.      Keterangan tentang sebahagian ilmu di dalam Taurat yang diturunkan oleh Allah kepada Musa. Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa dalam Taurat terdapat, "Dan Adam durhaka kepada Tuhannya, maka dia pun sesat." Ayat ini terdapat di Al-Qur'an sebagaimana di dalam Taurat yang Allah turunkan. Tetapi dalam Taurat sekarang, hal itu sudah tidak ada.

8.      Hadis ini mengandung hakikat ilmiah yang ghaib, bahawa Allah menulis Taurat empat puluh tahun sebelum diciptakan.


9.      Hadis ini menetapkan bahawa Allah menulis Taurat dengan tangan-Nya. Ini termasuk keistimewaan Taurat sebagai keutamaan Musa.

No comments:

Post a Comment