BARISAN DI
AKHIRAT
Suatu
ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada
baginda:
“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;
“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.
BARISAN
PERTAMA
Diiringi
dari kubur dengan tidak bertangan
dan berkaki. Keadaan mereka
dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KEDUA
Diiringi
dari kubur dalam berbentuk babi
hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut
mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KEEMPAT
Diiringi
dari kubur dengan keadaan darah
seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka
adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KELIMA
Diiringi
dari kubur dengan bau busuk
daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan
angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka
itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui
manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KEENAM
Diiringi
dari kubur dengan keadaan kepala
mereka terputus dari badan.
“Mereka
adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KETUJUH
Diiringi
dari kubur tanpa mempunyai lidah
dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.
“Mereka
itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN
KELAPAN
Diiringi
dari kubur dalam keadaan terbalik
dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka
adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka.”
BARISAN
KESEMBILAN
Diiringi
dari kubur dengan wajah hitam
gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka
adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN
KESEPULUH
Diiringi
dari kubur dalam keadaan tubuh
mereka penuh dengan sopak dan kusta.
"Mereka
adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka."
BARISAN
KESEBELAS
Diiringi
dari kubur dalam keadaan buta
mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka
melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut
mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN
KEDUA BELAS
Mereka
diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah
Yang Maha Pengasih memaklumkan;
"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”
No comments:
Post a Comment