JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN
Maksud Hadith : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda ; Jika ada seseorang berkata – “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”.
Hadith
Riwayat Imam Muslim
KETERANGAN
:
Imam Nawawi ketika menulis hadith
ini dalam kitab Riadhus Alsolihin beliau member penjelasan seperti berikut :-
“Larang semacam di atas (larangan
berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan
sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak
rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia
daripada mereka, maka yang demikian ini adalah haram.”
“Adapun orang yang berkata seperti
ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka
serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan
timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada
salahnya.”
“Demikian yang dijelaskan oleh para
alim ulama’ dan begitulah cara menghuraikan permasalahannya. Diantara alim
ulama’ yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas Alkhotobaie dan
lain-lain.

No comments:
Post a Comment