SELURUH
DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Maksud Hadith :- Daripada Thauban Rodhiallahuanhu berkata :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Hampir tiba suatu masa
dimana bangsa2 dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2
yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang
sahabat bertanya : "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari
itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,
tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun
terhadap kamu dari hati musuh2 kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati
kamu penyakit WAHAN. Seorang sahabat bertanya : "Apakah wahan itu ya Rasulullah?".
Nabi kita menjawab : "Cinta dunia dan takut mati".
HR : Abu Daud
KETERANGAN
Memang benar apa yang
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabkan
Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak
tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa2 lain.
Mereka ditindas, diinjak2, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa dari
seluruh dunia walaupun berbeza2 agama, mereka bersatu untuk melawan dan
melumpuhkan kekuatan Islam.
Sebenarnya, segala
kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari dalam kaum muslimin itu sendiri,
iaitu dari penyakit WAHAN yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang
selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu CINTA
DUNIA dan TAKUT MATI. Kedua2
penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Cinta dunia bermakna TAMAK, RAKUS, BAKHIL
dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah Subhanahu Wataala. Takut mati
pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk
menghadapi negeri akhirat dan tidak apa perasaan untuk berkorban dengan diri
dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah Subhanahu Wataala.

No comments:
Post a Comment