Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S
Telah bersabda Rasulullah S.A.W
bahawa,
“Sesungguhnya Allah telah
menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai
124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna
hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika
Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia
sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang
tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada
Allah,
“Wahai Rabbku, apakah Engkau
menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
|
|
|
Kemudian Allah pun menjawab
pertanyaan malaikat Jibrail,
“Tidak”.
Mendengar jawapan Allah, maka
malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur
kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail,
dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai
melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah
Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang
menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti
akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad.
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat
dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang,
dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi
kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai
daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas
perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut,
Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,
“Ya Rabbku, apakah yang Engkau
berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya,
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.
Malaikat Jibril kemudian meminta
izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin
kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju
syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak
perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa
lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah
dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu
berkata,
“Ya Rabbku, apakah aku telah
menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke
syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman,
“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu
terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang
telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang
mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah,
“Sebelah kanan sayap Jibrail
terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk
bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang
sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada
beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang
bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang
dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi,
“Apabila telah sampai ajal seseorang
itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan
manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga
lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk
menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan
dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang
beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan
sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa
orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di
neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata
Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti
mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara
ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia
maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang,
bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Rujukan: Himpunan kisah-kisah
teladan
No comments:
Post a Comment