Kisah Malaikat Harut dan Marut Yang Diuji Allah SWT
Surah
al Baqarah:102
Alam Malaikat adalah
yang alam tinggi di alam langit. Para malaikat berkumpul, mereka berbisik
sesama mereka dan teringat firman Allah kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi – al Baqarah:30
Lalu mereka berkata “mengapa
Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan
dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan
mensucikan Engkau?
Tuhan berfirman: “sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui (al Baqarah:30)
Allah telah mengajarkan
Adam nama nama benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta
Hawa sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam
mengingkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuldi dan akhirnya
Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia.
Bermula kehidupan Adam
dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan
pertama Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan
bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa keturunan Adam.
Mereka lupa tugas mereka
sebagai khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah
berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh kelalaian,
penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan membunuh antara satu
sama lain dan dunia diselubungi kezaliman.
Kesemua ini dicatit oleh
malaikat sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu
malaikat pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi? kenapa Allah
memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengingkari-Nya?
Lalu Allah berfirman
kepada para malaikat “jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua
seperti manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku
dikalangan manusia”
Malaikat menjawab; wahai
Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengingkari Kamu.
Maka Allah berfirman lagi;
Pilihlah
dua malaikat dari kalangan kamu.
Lalu para malaikat
memilih Harut dan Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik
beribadat kepada Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah “Dan
apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut”
al Baqarah:102 ..
Babil atau dikenali
dengan Babylon di Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan
kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak
juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai
dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Di sana sini terdapat
kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan
menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana
mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.
Kesemua hal keadaan ini
dilihat dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka
menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di
Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan
malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka
berdua.
Setelah lama berjalan
jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku
terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku
berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya.
Marut menyahut kata kata
Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit.
Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan.
Tiba tiba mereka tercium
aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua
segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke
majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam
majlis tersebut.
Mereka terus masuk ke
dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi
penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka
menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?
Lalu mereka berdua pergi
duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu.
Orang ramai juga memerhati Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan
lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang
dan perut mereka tidak lagi berbunyi..
Selesai makan, mereka
pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh
tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat
kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama.
Itulah Zahrah ratu
cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah
kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan
bertaubat dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir
hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka
mereka.
Tetapi setelah perasaan
penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah
dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan
berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. Suara iman mengatasi syahawat
mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak
mengatasi masalah itu?
Akhirnya mereka dapat
jalan penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu
bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah segera
meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus melangkah
keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis tersebut, perasaan
syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka serentak berpaling
untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi
bujukan syahawat dan mereka meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal majlis
itu.
Dalam perjalanan itu
Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya
tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah
dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka.
Harut pun berkata kepada
Marut; nafsu manusia buruk dan keji
mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia!
Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa
yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang
menjadi tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah
Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti
berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita
mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus
tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.
Setelah senja matahari
pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada
lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap,
kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk
menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke atas dosa
yang telah mereka lakukan
Keadaan malam terus
gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan
Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang
mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung
kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah
lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka.
Mereka amat ketakutan
dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk
menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.
Setelah sampai di
bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang
kembali balik?
Harut menjawab; rasa
kelaparan yang menyakitkan perut ku.
Kata Marut; Kita
dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang!
Harut; kita
perlu mencari makanan.
Marut; jika
kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi? Kita mesti bekerja
untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada
Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup
kepada kita
Keadaan sianghari
Babylon penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita
cantik dan jelita berada di mana mana saja, di malam pula pesta minum arak juga
terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan
kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Mereka terus berjalan di
kota Babil untuk mencari kerja, dan terpandang orang ramai berpusu pusu pergi
ke istana yang besar dan mewah, Harut dan Marut mengikut orang ramai pergi ke
istana itu. Mereka pun masuk ke dalam istana dan sampai ke dewan yang penuh
berbagai makanan dan buah buahan yang lazat. Di hujung meja hidangan duduk
seorang lelaki dengan pakaian yang mewah dan cantik, tetapi itu tidak
mempesonakan Harut dan Marut, mereka lebih tertarik kepada hidangan makanan dan
buah buahan yang lazat dan enak kerana itu saja dapat menghilangkan kelaparan.
Lalu tuan istana
menyuruh mereka duduk dan makan, ketika mereka berdua sedang asyik makan dengan
penuh nikmat, tuan istana memerhati mereka berdua dan ia meminta khadamnya
supaya menuang arak dan persilakan mereka minum arak lalu Harut dan Marut
menolaknya dengan baik. Tuan Istana amat terkejut kerana masih terdapat
dikalangan penduduk Babylon yang tidak minum arak. Setelah itu barulah Harut
dan Marut tahu bahawa lelaki itu adalah seorang raja yang sedang dikelilingi
oleh menteri menteri dan pembesar pembesarnya.
Raja itu bertitah, semua
menteri dan pembesar diam dan mendengar titah raja tersebut. Titah raja
berkisar tentang pertikaian tanah antaranya dengan salah seorang pembesarnya.
Raja mahukan tanah tersebut dengan cara yang salah. Tidak seorang pun daripada
hadirin yang berani menjatuhkan hukuman. Raja tidak peduli kepada menteri menterinya,
lalu raja berpaling kepada Harut dan Marut dan bertitah; Aku nak dengar dua
orang tetamu ini yang menyelesaikan isu ini.
Semua perhatian menteri
dan pembesar raja tertumpu ke arah Harut dan Marut, mereka semua menjangka
bahawa Harut dan Marut menyebelahi raja. Tidak pernah terlintas pada pemikiran
hadirin bahawa kedua dua tetamu adalah dari malaikat, malaikat hanya mengetahui
keadilan.
Harut dan Marut telah
memutuskan hukuman berdasarkan keadilan dan mengembali hak kepada empunya.
Mereka bukan sekadar menjatuhkan hukuman, bahkan mereka mengatakan raja yang
bersalah dan zalim kerana merampas hak orang lain.
Semua menteri dan
pembesar terdiam dan menanti keputusan raja; raja pun bertitah dengan suara
yang lantang; beta melantik kamu berdua menjadi hakim di negeri Babylon. Para menteri
dan pembesar bertepuk tangan kerana raja tidak murka dan menjatuhkan hukuman
mati sebaliknya melantik mereka menjadi hakim.
Begitulah akhirnya Harut
dan Marut mendapat kerja di Babylon setelah mereka menyerah urusan kerja kepada
Allah. Harut dan Marut di beri rumah yang berdekatan dengan istana raja. Tidak
ada lagi ketakutan, kesejukan, kelaparan, dahaga, dan tidak perlu meminta minta
makanan dari orang lain. Mereka amat bersyukur kepada Allah SWT yang
memberi kerja dan rezeki dengan menunaikan solat, bertabih memuji kebesaran
Allah dan menyucikan. Tetapi ada sesuatu yang amat merisaukan, iaitu hati
mereka tidak lagi pernah sekhusyuk dan sebersih seperti sebelum ini.
Inilah kehidupan manusia
yang lemah, yang mereka hina ketika berada di alam malaikat. Kemudian datang
tamu baru dalam kehidupan mereka, yang tidak pernah dirasai sebelum. Rasa
letih, mengatuk dan berat mata sehingga tidak dapat buka.
Harut segera membuka
matanya dan berkata; mati!!! Wahai Marut! Kita akan matiii!
Marut menyahut; Kenapa
wahai sahabatku?
Jawab Harut ; aku
letiiih! mata rasa amat berat hingga tak mampu bukaa!
Marut menjawab; aku
pun rasa sama seperti kamu! Matiilah kita!
Kata Harut lagi; aku
rasa kita tak mati lagi, tetapi benda lain..?
mereka menguap aaah!
Aaah! Aaah! Dan bercakap dengan suara terputus putus dan akhirnya langsung
tidak dengar lagi suara. Tenanglah penafasan mereka, tidurlah Harut dan Marut
dengan nyenyak buat pertama kali, kerana sebelum ini mereka malaikat. Malaikat
memang tidak tidur.
Bila Harut dan Marut
terjaga dari tidur, matahari sudah terbit dan angin pagi bertiup sepoi sepoi
bahasa bermulalah hari baru, dan itulah sinaran cahaya matahari pagi yang
pertama mereka rasai. Harut dan Marut merasai betapa nikmat dan segarnya tidur
dari keletihan. Uuh! Uuh!uuh! segarnya tidur!
Marut berkata; Wahai
sahabatku! aku rasa seolah-olah baru diciptakan.
Dengan kesegaran itu
Harut dan Marut dapat memulakan kerja sejak awal pagi. Orang ramai mula datang
berjumpa Harut dan Marut, dan meminta penyelesaian kes kes dan pertikaian yang
berlaku diantara mereka. Harut dan Marut telah menyelesaikan kes kes dan
pertikaian dengan adil dan saksama. Orang pun puas hati dengan pengadilan
Harut dan Marut. Nama mereka mula dikenali dan semakin mendapat tempat dan
akhirnya mereka menjadi hakim yang terkenal dan dihormati di seluruh Babil.
Setiap kali mereka
selesai urusan dengan orang ramai, Harut dan Marut tidak lupa menunaikan solat,
memuji kebesaran Allah dan menyucikan sentiasa bersyukur kepadaNya.Tidak
menjadi halangan kepada Harut dan Marut, sekali kali raja menjemput mereka
makan bersama tetapi dengan syarat tidak ada minuman arak.
Masa terus berlalu
dengan pantas. Harut dan Marut terus menyelesaikan segala permasalahan orang
ramai dengan adil dan saksama. Mereka tidak pernah walau pun sekali melanggar
perintah Allah dalam menyelesaikan kes kes orang ramai.
Suatu hari dalam
kesibukan mereka menyelesaikan kes orang ramai, tanpa diduga mereka didatang
dengan kes baru, kes itu melibat seorang wanita. Apabila wanita duduk di depan
Harut dan Marut, mata mereka berdua terpegun wajahnya cantik, jelita dan senyum
ceria… Lalu mereka teringat ha! ha! ha! Ya Zahrah.
Jantung mereka berdegup
degup dan darah panas mengalir keseluruh badan, mereka berdua berasa hairan apa
yang berlaku dalam hati mereka, rasa takut! rasa cinta! rasa benci ! berangan
angan! Sungguh ajaib hati manusia. Aaah! Alangkah agungnya ciptaan Allah!
Manakala Zahrah sedang
menceritakan kes berlaku ke atasnya…Harut dan Marut sedang berada di awan
awangan…berkhayal sambil asyik memandang Zahrah ..tanpa mendengar apa yang
diceritakan oleh Zahrah…tiba tiba bisikan iman cuba menghalang mereka dari
asyik memerhati Zahrah, mereka cuba memaling pandangan ke arah lain.. tetapi
tak mampu kerana ada tolakan syahawat yang lebih kuat untuk melihat Zahrah
dengan nafsu, seolah olah bara api membara dalam hati mereka berdua. Sehingakan
mereka tidak sedar yang Zahrah telah selesai menceritakan kesnya.
Wahai Tuan Hakim; itulah
cerita kes saya dan saya mengharapkan tuan hakim berdua dapat memberi keputusan
dengan seadilnya. Harut dan Marut tersedar dari awan awangan, lalu Harut segera
menjawab; wahai saudari ! kes kamu memerlukan kajian, kamu datanglah besok.
Marut mencelah; ya
saudariku! Benar seperti yang dikatakan oleh Harut , besok saja kamu datang.
Zahrah memerhati Harut dan Marut, lalu mereka berdua berdiri untuk mengucapkan
selamat tinggal kepada Zahrah. Setelah Zahrah pergi dan hilang dari pandangan,
Harut dan Marut menyesal dengan tindakan mereka.
Dengan penuh kesal Harut
berkata; aaah! Kenapa aku tangguh keputusannya sehingga esok hari ! kenapa aku
jadi begini! Wahai sahabatku! Aku takut..masuk neraka disebabkan oleh wanita
ini!Cepat kita segera bertaubat kepada Allah SWT.
Keesokannya Zahrah
segera pergi ke majlis Hakim, menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Hakim.
Pada malam itu Harut dan Marut tidak dapat kerehatan yang cukup, tidur mereka
berdua terganggu dengan kes Zahrah…Mereka berazam apabila Zahrah datang, mereka
tidak akan memandang wajahnya. Tiba giliran Zahrah, dengan senyuman yang
manis Zahrah masuk berjumpa Harut dan Marut. Senyuman manis membuatkan Harut
terlupa azamnya untuk tidak memandang wajah Zahrah.
Begitu juga Marut
terlupa taubat untuk mengulangi dosa yang sama,bila Zahrah masuk untuk
mendapatkan keputusan kesnya. Setelah lama berbual dengan Zahrah, tanpa
disedari mereka pun menjatuhkan hukuman yang tidak adil kepada Zahrah. Selepas
hukuman ke atasnya diputuskan , dia pun bangun dan bergegas keluar, mereka
berdua serentak bertanya; saudari hendak ke mana?
Zahrah menyahut ; saya
nak pergi sembah matahari dekat berhala, marilah ikut saya.
Harut dan Marut menjawab
bersama; apa kami nak buat?
Jawab Zahrah; kamu
berdua bersembahyang dengan saya.
Mereka jawab; kami
sekali kali tidak sembah selain dari Allah.
Tetapi Zahrah tak peduli
dan terus pergi. Bila Zahrah dah hilang dari pandangan mereka, masing masing
menyalah diri sendiri kenapalah mereka bersikap demikian dan teringat janji dan
azam yang mereka untuk tidak mengulangi dosa yang sama bila berjumpa dengan
Zahrah.
Lalu Harut berkata; Wahai
sahabatku! sesungguhnya rahmat Allah amat luas, segeralah kita bertaubat kepada
Allah SWT.
Pada malam tersebut
Harut dan Marut tertidur sehingga ke pagi tanpa solat, istighfar dan bertaubat
kepada Allah. Bila Hari siang, mereka berdua pergi ke rumah Zahrah dan tidak
pergi ke majlis Hakim. Setelah sampai di rumah Zahrah, mereka terus
mengetuk pintu dengan senyuman manis dia membuka pintu dan mempelawa mereka
masuk, dan dipelawa duduk di ruang tamu.
Zahrah terus ke dapur
mengambil minuman untuk kedua dua tamunya. Zahrah menyediakan minuman arak dan
menjemput Harut dan Marut minum. Harut dan Marut tidak minum arak yang dihidang
Zahrah. Zahrah merajuk dan marah , bila melihat mereka tidak minum hidangannya.
Harut dan Marut memujuk
: Janganlah
marah! Marilah kita berdamai.
“Saya boleh berdamai
dan tak marah dengan syarat kamu berdua minum hidangan saya,” jawab Zahrah.
Oleh kerana tidak mahu
mengecilkan hati Zahrah mereka berdua pun minum arak.
Mereka pun mabuk, tiba
tba ada seorang tetamu datang Zahrah, tetamu nampak Harut dan Marut di dalam
rumah Zahrah, Harut dan Marut menjadi gelisah, terlintas dalam benak mereka
berdua; Habis! Habis! Habislah! Kami jika tamu ini mendedah rahsia kami.
Tanpa disedari dan
pengaruh arak , mereka berdua bangun mencekik tamu sehingga mati, kasihan!
Apakah dosa tamu itu, melainkan dia nampak mereka berdua di rumah Zahrah.
Setelah habis kesan
pengaruh arak, mereka pun sedar apa yang telah mereka lakukan dan rasa amat
menyesal, amat sedih sehingga mereka berdua berusaha untuk terbang ke langit
tetapi tidak mampu kerana dosa yang mereka lakukan terlalu besar dan berat. Kemudian
Harut dan Marut terdengar seruan dari langit; kamu berdua pilih samada kamu
di azab di dunia atau di akhirat?!
Harut dan Marut memilih
azab di dunia, lalu mereka berdua terus diazab sehingga Hari Kiamat.
Rujukan :-
Tafsir Ibnu Kathir
No comments:
Post a Comment