KISAH KELIMA
KISAH IBRAHIM DAN SARAH DENGAN RAJA YANG KUKU BESI
Kisah
ini menjelaskan bagaimana Allah menjaga Sarah, isteri Ibrahim, ketika seorang
thaghut (musuh Allah) hendak menodai kesuciannya dan merampas kehormatannya.
Ibrahim berlindung kepada Allah, berdoa dan solat kepada-Nya, dan Sarah berdoa
memohon perlindungan Allah. Maka Allah menjadikan si fajir (pelaku maksiat)
tidak berdaya dan menggagalkan makarnya (berupa siksaan) di lehernya. Allah
menjaga Ibrahim dan isterinya, dan Allah mampu untuk menjaga wali-wali-Nya dan
membelenggu musuh-musuh-Nya di setiap waktu dan generasi.
NASH HADIS
Bukhari
meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah yang berkata Nabi s.a.w.
bersabda, "Ibrahim berhijrah bersama Sarah. Keduanya masuk ke sebuah desa
yang terdapat seorang raja atau seorang yang sombong. Dikatakan kepadanya,
'Ibrahim datang bersama seorang wanita yang sangat cantik.’ Maka dia bertanya
kepada Ibrahim, ’Wahai Ibrahim, siapa wanita yang bersamamu?’ Ibrahim menjawab,
’Saudara perempuanku.’ Kemudian Ibrahim kembali kepada Sarah dan berkata,
’Jangan mendustakan ucapanku aku telah mengatakan kepada mereka kalau kamu
adalah saudaraku. Demi Allah, di bumi ini tidak ada orang yang beriman selain
diriku dan dirimu.’ Maka Ibrahim mengirim Sarah kepadanya. Dia bangkit kepada
Sarah. Sarah bangkit berwudhu dan solat. Sarah berkata, ’Ya Allah, jika aku
beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu, dan menjaga kehormatanku kecuali kepada
suamiku, maka janganlah Engkau membiarkan orang kafir menguasaiku.’ Maka nafas
raja sombong itu menyempit dan dia hampir tercekik sampai diamemukulkan kakinya
ke bumi."
Al-A'raj
berkata bahawa Abu Salamah bin Abdur Rahman berkata di mana Abu Hurairah
berkata tentang Sarah yang berkata, ’Ya Allah, jika orang ini mati, maka mereka
menuduhku membunuhnya.’ Maka dia terbebas, kemudian dia bangkit lagi kepada
Sarah. Sarah berwudhu dan solat. Sarah berkata, ’Ya Allah, jika aku beriman
kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu, dan menjaga kehormatanku kecuali kepada suamiku
maka janganlah Engkau membiarkan orang kafir menguasaiku.’ Maka nafasnya
menyempit dan dia hampir tercekik sampai dia memukulkan kakinya ke bumi. Abu
Salamah berkata bahawa Abu Hurairah berkata, ”maka Sarah berkata, ’Ya Allah,
jika orang ini mati, maka mereka menuduhku membunuhnya.’ Maka dia terbebas
untuk kedua kalinya atau ketiga kalinya.
Kemudian
dia berkata, ’Demi Allah, kalian tidak mengirimkan kepadaku kecuali syaitan.
Pulangkan dia kepada Ibrahim dan berilah dia Ajar (maksudnya adalah Hajar, ibu
Ismail). Sarah pun pulang kepada Ibrahim. Sarah berkata, ’Apakah kamu merasa
bahawa Allah telah menghinakan orang kafir dan memberi seorang hamba sahaya.’
Dalam
riwayat lain dalam Shahih Bukhari dari Abu Hurairah berkata, "Ibrahim tidak berdusta kecuali tiga
kali. Dua di antaranya kerana Allah, iaitu ucapan Ibrahim, 'Sesungguhnya aku
sakit.’ (QS. As-Shaffat: 89);
dan
ucapan Ibrahim, ’Sebenarnya patung besar itulah pelakunya.’ (QS. Al-Anbiya:
63). Abu Hurairah melanjutkan, "Suatu hari, ketika Ibrahim dan Sarah
berjalan keduanya melewati seorang penguasa kuku besi. Dikatakan kepadanya, 'Di
sini ada seorang lelaki bersama seorang wanita cantik." Maka Ibrahim
ditanya tentangnya, ’Siapa wanita itu?’ Ibrahim menjawab, ’Saudara
perempuanku.’ Lalu Ibrahim mendatangi Sarah dan berkata kepadanya, ’Wahai
Sarah, di muka bumi ini tidak ada orang mukmin selain diriku dan dirimu. Orang
itu bertanya kepadaku tentang dirimu, dan aku katakan kepadanya bahawa kamu
adalah saudaraku. Maka, jangan mendustakanku.’ Lalu Ibrahim mengutus Sarah
kepadanya. Ketika Sarah masuk kepadanya, dia menjulurkan tangannya hendak
menjamahnya. Tapi dia tercekik dan berkata, ’Berdoalah kepada Allah untukku,
aku tidak mencelakaimu.’ Lalu Sarah berdoa kepada Allah, maka dia pun terbebas.
Kemudian ketika dia hendak menjamahnya untuk kedua kalinya, dia tercekik
seperti semula atau lebih keras.
Dia
berkata, ’Berdoalah kepada Allah dan aku tidak mencelakaimu.’ Maka Sarah berdoa
dan dia terbebas. Lalu dia memanggil pengawalnya dan berkata, ’Kalian tidak
membawa manusia kepadaku. Kalian membawa syaitan kemari.’ Dia memberinya Hajar
sebagai pelayannya. Sarah pulang kepada Ibrahim yang sedang solat, maka Ibrahim
memberi isyarat dengan tangannya, ’Bagaimana keadaanmu?’ Sarah menjawab, ’Allah
menggagalkan seranganorang kafir atau orang fajir (berupa siksaan) dilehernya
dan memberiku Hajar.’ Abu Hurairah berkata, "Itulah ibu kalian, wahai Bani
Ma'is Sama' (air langit)."
PENJELASAN
HADIS
Ibrahim
pergi dari negerinya bersama isterinya setelah kaumnya melemparkannya ke dalam
api dan Allah menyelamatkannya darinya. Ibrahim sampai di negeri yang jauh. Di
sana, dia tidak memiliki pendukung. Dalam keadaan seperti ini orang-orang
dzalim lagi kuku besi berhasrat untuk menerkam orang seperti Ibrahim. Ibrahim
menghadapi masalah ini manakala dia singgah di negeri dengan seorang raja yang
sombong lagi serakah.
Sang
raja mendengar kedatangan Ibrahim di negerinya dengan seorang wanita yang
tergolong paling cantik di dunia. Salah satu kebiasaan mereka jika menginginkan
seorang wanita adalah dengan menyiksa suaminya, jika wanita tersebut bersuami.
Tetapi jika wanita itu lajang, maka mereka tidak akan mengganggu kerabatnya.
Oleh kerana itu, Ibrahim berkata kepada utusan raja tersebut ketika dia
bertanya tentang Sarah, bahawa dia adalah saudara perempuannya, supaya selamat
dari siksaannya. Ibrahim mengirim isterinya kepada lelaki bejat itu seperti
yang dia minta, kerana ia percaya dengan penjagaan dan perlindungan Allah
Subhanahu wa Ta’ala setelah mewasiatkan kepadanya agar tidak membocorkan
hubungan sebenarnya antara dia dengan isterinya. Ibrahim juga menjelaskan
pandangannya dalam hal ini kepada isterinya, bahawa dia adalah saudara
perempuannya dalam agama, kerana di muka bumi tidak terdapat orang yang beriman
selain keduanya.
Walaupun
maksud Ibrahim dari pernyataannya bahawa Sarah adalah saudara perempuannya,
yakni saudara dalam iman dan Islam, dia tetap menolak untuk memberi syafaat
pada hari Kiamat ketika orang-orang meminta kepadanya untuk bersedia menjadi
perantara kepada Tuhan mereka agar Dia memutuskan urusan mereka. Ibrahim
beralasan bahawa dirinya telah berdusta sebanyak tiga kali, iaitu ucapan,
"Sesungguhnya aku mereka dan Rasulullah s.a.w. adalah salah seorang
keturunannya.
VERSI TAURAT
Kisah
ini tertulis dalam Taurat dalam Ishah 12 Safar Takwin.
Nashnya
adalah, "Dan terjadilah kelaparan di bumi, maka Abram turun ke Mesir untuk
mengasingkan diri di sana kerana kelaparan di bumi sangat keras. Ketika dia
hampir masuk Mesir, dia berkata kepada isterinya Saray, 'Sesungguhnya aku
mengetahui bahawa kamu adalah seorang wanita cantik. Jika orang-orang Mesir
melihatmu mereka mengatakan, 'Inilah isteri Abram', lalu mereka membunuhku dan
membiarkanmu. Katakanlah kepada mereka bahawa kamu adalah saudara perempuanku,
agar aku mendapatkan kebaikan keranamu dan diriku tetap hidup demi
dirimu."
Maka,
ketika Abram masuk Mesir dan orang-orang Mesir melihat isterinya sangat cantik.
Para pembesar Fir'aun melihatnya dan menyanjungnya di hadapan Fir'aun. Maka
wanita itu dibawa ke rumah Fir'aun, dan Fir'aun melakukan kebaikan kepada Abram
kerananya. Abram diberi kambing, sapi, keledai, hamba sahaya lelaki dan
perempuan, keledai betina dan unta. Lalu Allah menggoncang Fir'aun dan rumahnya
dengan beberapa goncangan yang dahsyat disebabkan Saray, isteri Abram. Fir'aun
mengundang Abram dan berkata, "Apa yang kamu lakukan kepadaku? Mengapa
kamu tidak berterus-terang bahawa wanita ini adalah isterimu? Mengapa kamu
mengatakan dia adalah saudara perempuanmu? kerananya aku ingin memperisterinya.
Sekarang, ambil kembali isterimu ini dan pergilah." Lalu Fir'aun
memerintahkan orang-orangnya untuk mengantar Abram dan isterinya beserta
seluruh harta yang dimilikinya
.
Tertulis
dalam Ishah 20 dalam Safar Takwin, bahawa raja kuku besi lainnya dari Palestina
mengganggu Sarah, dan dia melepaskannya tanpa mampu menyentuhnya setelah
Malaikat mengancamnya dalam mimpinya. Disebutkan pula bahawa Ibrahim
memberitahu Malaikat kalau Sarah adalah saudara perempuan bapaknya.
Dalam
Ishah 20 tertulis:
"Dan
Ibrahim berpindah dari sana ke bumi selatan dan tinggal di antara Qadisy dan
Syur. Dia mengasingkan diri di Jarrar. Ibrahim berkata tentang isterinya,
Sarah, 'Dia adalah saudara perempuanku'." Maka raja Jarrar, yakni Abu
Malik, mengambil Sarah. Lalu Allah datang kepada Abu Malik dalam mimpinya di
malam hari. Dia berfirman kepadanya, "Kamu pasti mati disebabkan oleh
wanita yang kamu ambil, kerana dia itu bersuami." Hanya saja waktu itu Abu
Malik belum menyentuhnya. Dia berkata, "Wahai Tuhanku, engkau membunuh
pemimpin yang baik. Bukankah dia sendiri yang berkata bahawa dia adalah saudara
perempuannya dan wanita ini juga mengakui dirinya sebagai saudaranya? Dengan
niat baik lagi mulia aku melakukan ini."
Allah
berfirman kepadanya dalam mimpi, "Aku juga mengetahui bahawa kamu
melakukan ini dengan niat baik. Aku mencegahmu agar kamu tidak melakukan
kesalahan kepadaku. Oleh kerana itu, Aku tidak membiarkanmu menyentuhnya.
Sekarang, pulangkan wanita ini kepada suaminya kerana dia seorang Nabi. Dia
berdoa untukmu, maka kamu tetap hidup. Jika kamu tidak mengembalikannya, maka
ketahuilah bahawa kamu mati, begitu pula segala yang kamu miliki."
Pagi
harinya Abu Malik mengumpulkan seluruh hamba sahayanya dan menyampaikan ucapan
itu kepada mereka. Orang-orang sangat ketakutan. Kemudian Abu Malik memanggil
Ibrahim dan berkata kepadanya, "Apa yang kamu lakukan kepada kami? Apa
salahku kepadamu sehingga kamu mendatangkan kepadaku dan kepada kerajaanku
kesalahan besar ini? Perbuatan-perbuatan yang tidak semestinya dilakukan tetapi
kamu melakukannya kepadaku." Abu Malik berkata kepada Ibrahim, "Apa
yang kamu lihat sehingga kamu melakukan hal ini?" Ibrahim berkata,
"Sesungguhnya aku berkata bahawa di tempat ini tidak ada rasa takut kepada
Allah sama sekali, maka mereka membunuhku kerana isteriku. Sebenarnya dia juga
saudara perempuanku anak perempuan bapakku. Hanya saja dia bukan anak perempuan
ibuku, maka dia menjadi isteriku. Dan ketika Allah memberikannya kepadaku dari
rumah bapakku, aku berkata kepadanya, "Ini adalah kebaikanmu yang kamu
lakukan untukku. Di setiap tempat yang kita datangi katakanlah bahawa aku
adalah saudara lelakimu."
Maka
Abu Malik mengambil sapi, kambing, hamba sahaya lelaki dan perempuan dan
memberikannya kepada brahim, sekaligus mengembalikan Sarah kepadanya. Abu Malik
berkata, "Inilah negeriku di hadapanmu, tinggallah di manapun yang
menurutmu baik." Dia berkata kepada Sarah, "Aku telah memberi saudara
lelakimu seribu dirham. Ini untukmu sebagai suatu pemberian dari segala arah
apa yang ada di sisimu dan di sisi setiap orang lalu kamu berbuat adil."
Lalu Ibrahim solat kepada Allah, maka Allah menyembuhkan Abu Malik, isterinya
dan para hamba sahayanya, dan mereka melahirkannya kerana Tuhan telah menutup
semua rahim di rumah Abu Malik disebabkan oleh Sarah, isteri Ibrahim.
KOMENTAR
MENYANGKUT VERSI TAURAT
Apa
yang tertulis dalam Taurat sesuai dengan isyarat hadis, bahawa kisah ini
terjadi di bumi Mesir, dan kami tidak tahu apakah kedatangan Ibrahim bersama
Sarah ke sana kerana kelaparan atau kerana berdakwah kepada Allah.
Adapun
ucapan Ibrahim kepada Sarah, "Kamu adalah wanita cantik...", ini
mirip dengan apa yang disinggung oleh hadis. Hadis tidak menyinggung bahawa
kisah ini terjadi pada masa Fir'aun. Fir'aun menguasai Mesir sepanjang rentang
waktu tertentu, tidak pada semua masa. Dan apa yang disebutkan oleh Taurat
bahawa Fir'aun memberikan kekayaan besar kepada Ibrahim berupa domba, sapi,
keledai, hamba sahaya lelaki dan wanita, keledai betina dan unta, ini tidaklah
benar. kerana, setelah raja tersebut meminta Sarah dan Ibrahim mengirimnya,
Ibrahim melakukan solat. Ibrahim hanya mendapatkan Hajar sebagai pemberian raja
kepada Sarah. Seandainya raja memberi Ibrahim kekayaan seperti disebutkan di
atas, nescaya wahyu yang diberikan kepada Nabi s.a.w. akan menyinggungnya dalam
hadis ini. Padahal, hadis hanya menyebutkan apa yang lebih sedikit dari itu,
iaitu hadiah Hajar untuk Sarah.
Apa
yang disebutkan dalam Taurat bahawa Allah menggoncang Fir'aun dan rumahnya
dengan keras disebabkan oleh Sarah; bahawa Fir'aun mengundang Ibrahim untuk
menyalahkannya kerana pengakuan Ibrahim tentang Sarah sebagai saudara
perempuannya; dan bahawa Fir'aun menginginkan Sarah untuk diperisteri, semua
itu tidaklah benar. Hadis yang Allah wahyukan kepada Rasul-Nya telah
memberitahukan kepada kita bahawa apa yang terjadi pada raja kuku besi adalah,
bahawa dia tercekik beberapa kali. Dan bahawa raja itu tidak mengundang Ibrahim
setelahnya dan tidak menyalahkannya, akan tetapi dia memerintahkan untuk
mengusir Ibrahim dan isterinya dari buminya dan tidak mengirim seorang pun
untuk melepas dan mengantarkannya.
Allah
lebih mengetahui kebenaran tentang kisah kedua. Kalaupun itu benar-benar
terjadi, maka kisah tersebut mengandung kedustaan yang tidak samar. Ia adalah
penyelewengan yang terjadi pada kitab ini. Orang-orang yang menyelewengkan kitab
ini mengtuntutan melalui ucapan Ibrahim bahawa Sarah adalah saudara
perempuannya dari bapaknya. Mustahil Ibrahim menikah dengan saudara
perempuannya. Kedustaan ini dibantah banyak hadis yang menyatakan bahawa
Ibrahim takut terhadap akibat dari tiga kedustaannya pada hari Kiamat, yang
salah satunya adalah ucapannya kepada raja kuku besi tersebut bahawa Sarah
adalah saudara perempuannya. Ini sangatlah jelas bahawa Sarah bukan saudara
perempuan Ibrahim dari nasab. Akan tetapi, maksudnya adalah saudara perempuannya
dalam Islam, sebagaimana hal itu dinyatakan secara nyata di dalambeberapa
hadis.
PELAJARAN-PELAJARAN
DAN FAEDAH-FAEDAH HADIS
1.
Terjaganya isteri-isteri para Nabi
dan Rasul. Orang-orang dzalim lagi kuku besi tidak akan mampu masuk campur
kehormatan mereka, seperti yang terjadi pada raja durhaka ini manakala dia
hendak melakukan hal buruk kepada isteri Ibrahim, maka Allah menjaga dan
menyelamatkannya dari niat busuk tersebut.
2.
Hendaknya seorang mukmin berlindung
kepada Allah Taala manakala menghadapi ujian dan kesulitan. Ibrahim berlindung
kepada Allah melalui solat ketika dia mengantarkan isterinya kepada raja kuku
besi tersebut; dan Sarah sendiri juga berdoa dan bermunajat kepada Allah, maka
Dia menjaganya.
3. Kemampuan Allah yang Maha Mulia lagi Maha
Tinggi untuk menjaga para Nabi dan para wali-Nya, serta menolong mereka dengan
menangkis seranganmusuh-musuh.
4. Kadangkala seorang muslim dipaksa untuk
tunduk kepada angin ribut. Ibrahim berkata bahawa Sarah adalah saudara
perempuannya. Ibrahim tidak mampu menolak untuk mengirimnya kepada raja durhaka
itu. Sarah pergi kepadanya dan berada di satu tempat bersamanya tanpa orang
ketiga, akan tetapi Allah menjaga dan melindunginya. Orang-orang yang menolak
tunduk kepada angin ribut adalah orang-orang yang kurang memahami agama Allah.
Seseorang tidak akan selalu mampu maju terus meniti jalannya dengan sempurna.
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sesudahnya serta orang-orang yang berjalan
di atas jalan mereka membuat perjanjian damai dalam peperangan, dan kadangkala
mereka rela dengan kesepakatan yang sangat berat sebelah. Sesuatu yang di luar
batas kemampuan harus diserahkan kepada Allah Azza wa Jalla.
5. Boleh menerima hadiah dari orang dzalim
bahkan kafir. Sarah menerima hadiah dari raja kuku besi itu ketika dia
memberinya Hajar, dan Ibrahim menyetujui isterinya menerima hadiah itu.
6.
Wudhu telah disyariatkan pada umat
sebelum kita. Ketika raja durhaka itu hendak menyentuh Sarah, Sarah berdiri
untuk berwudhu dan solat, dan sepertinya wudhunya berbeza dari wudhu kita,
kerana bagaimana caranya dia berwudhu manakala raja durhaka itu bangkit
kepadanya. Bisa jadi wudhunya hanyalah dengan mengusap wajah dan tangan, atau
mirip dengan tayamum seperti kita. Maksud solat di sini adalah doa.
7. Dalam syariat Ibrahim diperbolehkan
bertanya dengan isyarat dalam solat tentang sesuatu yang ingin diketahui.
Ibrahim memberi isyarat kepada Sarah setelah dia kembali sementara dia solat,
yakni isyarat dengan tangannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengannya.
8. Boleh berbincang tentang nikmat pemberian
Allah kepada hamba-Nya. Sarah memberitahu suaminya dengan kurnia Allah ketika
menolak serangansi kafir dan memberinya pelayan, Hajar kepadanya.
9.
Pernyataan Abu Hurairah bahawa Hajar
adalah ibu dari orang-orang yang diajaknya berbicara dan dia meriwayatkan hadis
kepada mereka.
No comments:
Post a Comment