ZAMAN DIMANA
ORANG TIDAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
ERTINYA :- Daripada
Abi Hurairah Rodhiallahuanhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Akan
datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan
harta, apakah sumber yang halal ataupun haram”.
HR : An-Nasaei
KETERANGAN :-
Zaman sekarang
merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman kebendaan. Segala sesuatu adalah
bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak
mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta
yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau sumber yang haram, yang
penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak
nafsu ataupun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
Ya Akhi! Ingatlah wahai
Akhi, sebanyak manapun harta yang kita kumpulkan sedikitpun tidak member
sebarang manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat kelak sekiranya
harta benda yang kita cari dan kita kumpulkan itu tidak kita letakkan di tempat
yang benar2 boleh menjamin kehidupan akhirat kita kelak – (amal jariah,
sedekah). Terfikirkan kita berapa banyak harta yang boleh kita bawa bersama di
dalam keranda untuk dikuburkan bersama kita apabila kita mati kelak? Bukankah
kita hanya dibekalkan oleh keluarga kita dengan kain putih sebagai kafan?
Apakah harta benda yang tinggalkan kelak tidak akan menjadi punca pergaduhan
anak2 yang kita tinggalkan? – Tambahan dari Penulis (ZaliLamborian).

No comments:
Post a Comment