HARTA RIBA’
WUJUD DI MERATA TEMPAT
Ertinya :-
Daripada Abi Hurairah
Rodhiallahuanhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Akan datang suatu
zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam harta riba’. Kalau
ia tidak memakannya secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.
HR : Ibnu Majjah
KETERANGAN :-
Apa yang telah
disabdakan oleh Rasullullah s.a.w. telah jelas di hadapan mata kita hari ini.
Kebanyakan umat manusia tidak terlepas lari dari lengkungan harta-harta riba’.
Di zaman kebendaan masa ini, manusia tidak memperdulikan lagi soal riba’, apa
yang ada di dalam fikirannya hanyalah untuk mendapatkan segala kemudahan dan
kenikmatan – mereka takut dipandang hina sekiranya tidak mempunyai sesuatu yang
boleh dibanggakan. Untuk memuaskan hawa dan nafsu ini, mereka sanggup melakukan
apa sahaja cara walaupun ianya terang-terangan menyalahi hukum syara’. –
(Penulis)

No comments:
Post a Comment