ERTINYA :- Daripada
Anas r.a. berkata : " Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadith yang
tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. aku mendengar Rasullah
s.a.w. bersabda : " Diantara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak
kejahatan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum
lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang
perempuan.
HR : Imam
Bukhori dan Muslim
KETERANGAN :-
Nabi kita Muhammad
s.aw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya kiamat ialah sedikit ilmu,
banyak kejahatan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum
perempuan.
perangkaan penduduk
pada ahri ini menunjukkan bahawa jjumlah kaum perempuan adalah lebih banyak
dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan
setiap lelaki berbanding dengan sebelas ( 1:11 ) dan
kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa
perempuan lebih banyak daripada lelaki.
Menurut Imam Ibnu
Hajjar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki ialah akibat dari
peperangan yang berlaku, kerana banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum
lelaki bukan perempuan. Dan juga Allah Subhanahu Wataala menghendaki kebanyakan
yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan
lelaki.

No comments:
Post a Comment