Ertinya : Daripada Umar bin al-Khatab Rodhiallahuanh
(dalam sebuah hadith yang panjang) .... kemudian Jibril bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. : Maka khabarkan kepadaku tentang hari qiamat?. Lalu Nabi
s.a.w. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang
yang bertanya". Maka Jibril lalu berkata : "Kalau begitu cuba
khabarkan kepadaku tanda-tandanya". Maka Nabi s.a.w. menjawab :
"Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang
berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya
mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat bangunan."
HR Imam Muslim
KETERANGAN :-
Diantara tanda
hampirnya qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. maksudnya akan banyak
bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak.
Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya
sendiri. Ada sebahagian ulama' yang berpendapat bahawa yang dimaksud kan dengan
hadith ini adalah banyak anak-anak yang derhaka kepada ibu-bapa dan ada juga
sebahagian ulama' yang memberikan pandangan bahawa contoh ini merupakan
gambaran kepada suasana yang sudah terbalik, dimana hamba menguasai tuan,
adalah gambaran kepada pemikiran manusia yang sudah terbalik, dimana yang baik
dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.
Tanda kedua pula
bilamana orang yang tidak berkasut dan orang yang miskin yang semestinya ia
mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan
bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada
pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang miskin
pada akhir zaman menjadi kaya dengan mengejut sehingga seseorang yang pada
waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut, tiba-tiba pada hari ini ia sudah
dapat membut bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.
No comments:
Post a Comment