SOLAT & SOLAT SUNNAT
Pengertian Solat
Solat dipetik dari perkataan Solla
yang bermaksud berdoa dan mendirikan sembahyang. Sebenarnya perkataan
SEMBAHYANG dirasakan kurang tepat dalam menterjemahkan kata SOLLA kerana
sembahyang berasal dari bahasa Sanskrit yang mana berasal dari dua suku kata
yang disatukan iaitu Sembah dan Hyang. Sembah membawa maksud menyebah manakala
Hyang membawa maksud Dewa. (Menyembah dan memuja dewa)
Oleh yang demikian adalah lebih
tepat kita menggunakan kata SOLAT untuk istilah Sembahyang. Solat telah diambil
dari bahasa Arab Al-Quran yang mengandungi erti yang dalam dan halus jika
dibandingkan dengan bahasa lain di dunia ini.
Jadi pengertian Solat dari segi
syar’ei iaitu menyembah Allah s.w.t dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan
salam, serta dikerjakan pada waktu tertentu.
SYARAT WAJIB SOLAT
1. Islam
2. Berakal
3. Akil baligh (sampai umur)
SYARAT-SYARAT SAH UNTUK MENDIRIKAN
SOLAT
1. Suci dari hadas kecil dan besar
2. Suci anggota badan, pakaian serta tempat
solat daripada najis.
3. Menutup aurat
4. Masuk waktu solat (mengetahui masuk waktu
dengan yakin)
5. Menghadap arah kiblat.
RUKUN
SOLAT ( 13 PERKARA )
1. Niat
2. Berdiri tegak (bagi yang berkuasa)
3. Takbirotul Ihram
4. Membaca Fatihah
5. Ruku’ dengan thoma’ninah (berhenti
sebentar)
6. Iktidal dengan thoma’ninah
7. Sujud pertama dengan thoma’ninah
8. Duduk antara dua sujud dengan thoma’ninah
9. Duduk bagi tahiyat (tasyahud) akhir
10, Membaca tasyahud akhir
11. Selawat ke atas Nabi dan keluarganya dalam
tasyahud akhir
12. Memberi salam (yang pertama)
13. Tertib
(teratur semua perbuatan)
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT ( 13
PERKARA )
Terdapat 13 perkara yang membatalkan
solat, oleh itu perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam 13 perkara ini
tidak dikira membatalkan solat. Sekiranya solat itu terbatal, maka wajiblah ia
mengulangi semula solat tersebut.
1. Berkata-kata dengan sengaja selain dari
bacaan Al-Quran dalam solat, zikir atau doa walaupun satu huruf.
2. Menambah atau mengurangkan perkara atau
perbuatan di dalam rukun fi’li semasa mendirikan solat.
3. Kedatangan hadas samada kecil atau besar.
4. Kedatangan atau terkena najis yang tidak
dimaafkan samada di anggota badan atau pakaian. Sekiranya jatuh pada pakaian
najis yang kering dan boleh dibuang serta-merta maka tidaklah batal solat
tersebut walaupun demikian najis itu tidak boleh disentuh dengan tangan.
5. Terbuka
aurat walaupun dengan tidak sengaja seperti ditiup angin, tetapi jika segera
ditutup semula dengan serta-merta waktu itu maka solatnya tidak batal.
6. Mengubah niat – umpamanya ia sedang solat
fardhu zohor kemudian ditukar niatnya kepada solat sunnat zohor maka
terbatallah solatnya, tetapi sekiranya berniat solat mutlak tidaklah batal
bahkan solat itu menjadi solat sunnat.
7. Makan – walaupun sedikit kecuali terlupa.
8. Minum – walaupun sedikit kecuali terlupa.
9. Membelakangkan kiblat dengan dadanya.
10. Ketawa dengan sengaja sehingga terkeluar
suara melebihi dua huruf. (Begitu juga dengan menangis)
11. Murtad – iaitu terkeluar daripada agama Islam
12. Bergerak dengan sengaja berturut-turut tiga
kali.
13. Mendahului imam dua rukun – sekiranya
berjemaah.
PERKARA ATAU PERBUATAN SUNNAT DI
DALAM SOLAT
1.
Perkara-perkara Sunnat Sebelum Solat.
a) Azan (bang) dan Qomat. Adzan dan Qomat
disunatkan bagi lelaki dan perempuan sunat qomat sahaja.
b) Bersiwak (gosok gigi) kecuali bagi yang
puasa setelah gelincir matahari – maka makruh bersiwak.
c) Membuat tirai (bagi perempuan) sekiranya
orang lelaki berada di hadapan ketika solat.
2. Perkara-Perkara Sunat Semasa Solat
Perkara-perkara sunat semasa mendirikan solat terdiri
daripada dua bahagian iaitu Sunat Ab’adh dan Sunat Hai-ah.
a) Sunat Ab’adh – iaitu perkara atau perbuatan
sunat bilamana ditinggalkan (tidak dilakukan) maka dikehendaki digantikan
dengan sujud sahwi iaitu seperti :-
i. Tahiyat awal
ii. Selawat di dalam tahiyat awal
iii. Duduk tahiyat awal
iv. Doa qunut pada rakaat kedua semasa solat
subuh dan solat witir dalam bulan Romadhon iaitu sejak malam 15 Romadhon hingga
akhir bulan Romadhon.
v. Selawat di dalam bacaan qunut
vi. Menselawatkan ke atas keluarga Nabi semasa tahiyat akhir.
b) Sunat
Hai-ah – iaitu perkara atau perbuatan sunat bilamana ditinggalkan (tidak
dilakukan) maka TIDAK PERLU digantikan dengan sujud sahwi iaitu seperti :-
·
Mengangkat kedua tangan ketika
takbir, ruku’, i’tidal dan berdiri dari tahiyat awal.
·
Meletakkan tangan kanan atas kiri
dengan menggenggam buku tangan kiri serta diletakkan di bawah dada sedikit ke
kiri.
·
Doa iftitah
·
Mengatakan ta’awuz – A’uzubillahi
minasyaitonir rojim
·
Membaca dengan nyaring dan rendah
pada tempatnya.
·
Membaca amin kemudian dari membaca
Fatihah.
·
Membaca Allahu Akbar ketika
berpindah rukun ke rukun yang lain.
·
Membaca Sami’allahu limanhamidah. Ketika
bangun dari ruku’ dan Robbanalakalhamdu ketika i’tidal.
·
Membaca tasbih tiga kali dalam ruku’
dan sujud.
·
Meletakkan tangan ke atas paha
ketika duduk tasyahud, menghamparkan yang kiri di atas paha kiri, menggenggam
yang kanan di atas paha kanan, kecuali telunjuk guna berisyarat ketika
mengatakan Illallah iaitu dengan diluruskan agak ke muka cenderung ke bawah.
·
Duduk iftirosy (cara duduk tasyahud
awal)
·
Duduk tawarruk (cara duduk tasyahud
akhir)
·
Salam yang kedua
·
Khusyu’ dalam solat.
WAKTU YANG DILARANG SOLAT
1. Selepas
solat subuh hingga matahari naik.
2. Di
kala matahari naik sampai sepenggalah (ketika matahari terbit)
3. Di
waktu matahari sampai zawal
4. Selepas
solat Asar hingga matahari terbenam
5. Di
waktu matahari terbenam.
CARA-CARA KHUSYU’ DALAM SOLAT
1. Solat berjemaah (yang paling afdhal ialah di
masjid)
2. Menjaga
makanan dan minuman yang didapati adalah daripada punca yang halal begitu juga
makanan yang syubahat.
3. Membanyakkan
sedekah kepada fakir miskin
4. Jangan
solat dalam keadaan sedang menahan buang air besar atau air kecil.
5. Memakai
pakaian yang bersih dan kemas.
6. Solat
di awal waktu
7. Pastikan
supaya tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati
di tempat sujud.
8. Mengingatkan
mati dan kemungkinannya solat itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
9. Menyedari
bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agong dan Maha Mengetahui
segala rahsia hambaNya.
10. Memenuhkan
dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah.
11. Memahami
segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir.
12. Sebelum
mengangkat takbir, baca Surah An-Nas, selawat kepada Nabi, istighfar dan
bacaan-bacaan lain untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Hendaklah
merasakan bahawa kita sedang dilihat oleh Allah Rabbul Jalil.
14. Memusatkan
seluruh ingatan serta perasaan kepada solat bahawa kita sedang bercakap-cakap
dengan Tuhan dan sedang menyembahnya.
15. Memanjangkan
masa ruku’ dan sujud.
16. Memastikan
tidak ada gangguan di dalam kawasan kita solat.
No comments:
Post a Comment