KOMPILASI SOLAT-SOLAT SUNAT
Solat Sunat Wudhu’
Solat Wudhu’ adalah solat sunat
mustahab (disukai dan dianjurkan) merupakan solat yang dikerjakan sebagai tanda
syukur kepada Allah S.W.T. dan berharap keampunan-Nya dari segala dosa-dosa
semua anggota badan yang dicuci dan dibasuh.
Masa Mengerjakan
Masa mengerjakan solat sunat wudhu’
boleh dilakukan pada bila-bila masa iaitu selepas sahaja mengambil wudhu’
Cara Mengerjakannya :-
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz niat :-
“Sahaja aku solat sunat wudhu’ dua rakaat kerana Allah
Ta’ala”.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah,
Rakaat Pertama – Surah Al-Kafirun
Rakaat Kedua – Surah Al-Ikhlas
Doa selepas solat sunat wudhu’
Ertinya : “Aku bersaksi
tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukan bagi-Nya. Dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah!
Jadikanlah aku orang yang ahli bertaubat, dan jadikanlah aku orang yang suci
dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang soleh. Maha suci Engkau ya
Allah dan dengan kepujian Engkau dan aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan
melainkan Engkau, aku pohonkan keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat
kepada-Mu.”
Keutamaan Mengerjakannya ;-
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Bilal pada waktu Solat Subuh : “Wahai
Bilal ceritakanlah kepadaku amal apakah yang engkau lakukan dalam Islam
sehingga saya telah mendengar detak suara sandalmu di syurga?. Bilal menjawab :
“Saya tidak melakukan suatu pekerjaan yang menyelamatkan saya, sungguh saya tidak
menghilangkan najis di malam atau siang hari kecuali saya melakukan solat
dengan kesucian itu (wudhu’) yang telah diwajibkan kepada untuk solat.”
Daripada Buraidah meriwayatkan
katanya yang bermaksud : “Rasulullah s.a.w. bangun pagi lalu beliau
memanggil Bilal, sabdanya “Hai Bilal! Dengan amalan apakah engkau telah
mendahuluiku ke syurga? Aku tidak masuk syurga sama sekali melainkan aku dengar
satu gerakan suara di depanku. Bilal menjawab “Hai Rasulullah! Saya tidak
berazan sama sekali melainkan saya bersolat dua rakaat. Dan saya tidak ditimpa
hadas sama sekali melainkan saya berwudhu’ disisiNya dan saya nampak bahawa
Allah mempunyai dua rakaat ke atas saya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Dengan kedua-duanya”
Hadis
riwayat At-Tirmizi dan Ahmad
Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tiada seorang Muslim yang berwudhu’ lalu ia
membaguskan wudhu’nya, kemudia ia bangun bersolat dua rakaat dengan keadaan
mengadap kepada dua rakaat solatnya itu dengan hari dan wajahnya melainkan wajiblah
bagi syurga.”
2. SOLAT SUNAT FAJAR
Masa Mengerjakan
Masa bagi solat Fajar ialah di antara azan dan qamat solat
subuh, iaitu setelah masuk waktu subuh – selepas azan subuh.
Dalam sebuah hadis Bukhari – Muslim dan diriwayatkan oleh
Hafsah maksudnya :“Rasulullah s.a.w. ketika mendengar azan subuh, baginda
solat dua rakaat yang ringan”.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja
aku solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah, Rakaat Pertama – baca surah
Al-Kafirun, Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas, Setelah memberi salam maka
ucapkanlah :
Ertinya : “Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai
yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan, aku mohon kepadaMu supaya
menghidupkan hatiku dengan Nur MakrifatMu, Ya Allah! Ya Allah! Wahai yang
menghidupkan yang mati, wahai kekasih: kasih yang pengasih.”
Doa selepas solat sunat Fajar
Ertinya : “Ya Allah, ya Tuhan Jibril dan Mikail, dan
Israfil dan Izrail dan Tuhan Muhammad s.a.w., selamatkanlah aku dari api
neraka.”
Keutamaan Mengerjakannya ;-
3.
SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat sunat Rawatib adalah solat-solat yang mengiringi solat
fardhu, yang dikerjakan sebelum atau sesudahnya sebagai solat tambahan. Antara
solat sunat Rawatib yang muakkad adalah :-
i. Solat sunat sebelum Subuh (Qabliyatan) - 2 rakaat
ii. Solat sunat
sebelum Zohor (Qabliyatan)
- 2 rakaat
iii. Solat sunat selepas Zohor (Ba’diatan) - 2 rakaat
iv. Solat sunat sebelum Asar (Qabliyatan) - 2 rakaat
v. Solat sunat Selepas Maghrib (Ba’diatan) - 2 rakaat
iii. Solat sunat selepas Zohor (Ba’diatan) - 2 rakaat
iv. Solat sunat sebelum Asar (Qabliyatan) - 2 rakaat
v. Solat sunat Selepas Maghrib (Ba’diatan) - 2 rakaat
vi. Solat sunat sebelum
Isya’ (Qabliyatan)
- 2 rakaat
vii. Solat sunat selepas Isya’ (Ba’diatan) - 2 rakaat
vii. Solat sunat selepas Isya’ (Ba’diatan) - 2 rakaat
i. SOLAT
SUNAT SEBELUM SUBUH (QABLIYATAN)
Masa Mengerjakan
Setelah masuk waktu subuh, iaitu sesudah azan sebelum
iqamah.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana
Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas
Keutamaan Solat Sunat Sebelum Subuh
Daripada ‘Aishah r.ha meriwayatkan bahawa, maksudnya ; “Bahawasanya
Nabi s.a.w. tidak meninggalkan empat rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat
sebelum subuh.”Hadis Riwayat al-Bukhari.
ii. SOLAT
SUNAT SEBELUM ZOHOR (QABLIYATAN)
Masa Mengerjakan
Setelah masuk waktu Zohor, iaitu sesudah azan – sebelum
iqamah.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja
aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas
iii. SOLAT SUNAT SELEPAS ZOHOR
(BA’DIAYATAN)
Masa Mengerjakan
Setelah solat fardhu Zohor, sebaik-baiknya dilakukan sesuda
wirid dan berdoa. – Muakaad.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana
Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah Al- Ikhlas
Rakaat kedua – baca surah An-Nas
Keutamaan Solat Sunat Sebelum dan Selepas Zohor
a) Daripada Ummu Habibah r.ha meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa
bersolat empat rakaat sebelum Zohor dan empat rakaat seduahnya nescaya Allah
mengharamkan ke atasnya neraka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
b) Abdullah bin As-Saib meriwayatkan katanya yang
bermaksud :Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersolat empat rakaat sebelum Zohor
dan baginda bersabda : “Bahawasanya dia adalah saat dibukakan pintu-pintu
langit makan aku suka supaya amal solehku di angkat padanya.” (Hadis
Riwayat At-Tirmizi)
iv. SOLAT SUNAT SUNAT SEBELUM
ASAR (QABLIYATAN)
Masa Mengerjakan
Setelah masuk waktu Asar, selepas azan – Muakkad.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja aku solat sunat sebelum Asar
dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah Al- Ikhlas
Rakaat kedua – baca surah An-Nas
NOTA : Setelah solat fardhu Asar tiada lagi solat selepas Asar.
Keutamaan Solat Sunat Sebelum Asar.
a) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barangsiapa
solat sebelum Asar empat rakaat diharamkan dia oleh Allah Ta’ala api neraka.”
b) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud : “Telah
memberi rahmat Allah Ta’ala akan seorang yang solat empat rakaat sebelum Asar.”
v.
SOLAT SUNAT SELEPAS MAGHRIB (BA’DIYATAN)
Masa Mengerjakan
Selepas solat Maghrib – sebaik-baiknya dikerjakan setelah
tasbih, tahmid, takbir dan doa – Muakkad.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja aku solat sunat selepas
Maghrib dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas
Keutamaan Solat Sunat Sebelum Maghrib.
a) Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Barangsiapa solat sesudah fardhu Maghrib dua rakaat
sebelum berkata-kata (hal dunia) disuratkan mereka dalam kebaikan pada segala
amal”.
b) Dalam
hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Barangsiapa antara
waktu solat fardhu Maghrib dan Isya’ duduk di dalam masjid, tanpa bercakap,
hanya solat dan membaca ayat-ayat Al-Quran, maka Allah s.w.t. dengan kasih
sayang dan kemurahanNya akan mendirikan untuknya dua istana di syurga dimana
jarak di antara dua istana itu ibarat berjalan seratus tahun. Dan di antara
istana akan dihiasi dengan tanaman pokok, sekiranya seluruh penghuni bumi
berkunjung ke istana itu, mereka akan masih merasa sangat lapang.
vi. SOLAT SUNAT SEBELUM ISYA’
(QABLIYATAN).
Masa Mengerjakan
Selepas azan Isya’ – sebelum mengerjakan fardhu Isya’
(Muakkad)
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja aku solat sunat sebelum
Isya’ dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas
vii. SOLAT SUNAT SELEPAS ISYA’
(BA’DIYATAN)
Masa Mengerjakan
Selepas mendirikan fardhu Isya’ ialah setelah wirid dan doa
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja aku solat sunat selepas
Isya’ dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah Al- Ikhlas
Rakaat kedua – baca surah An-Nas
Keutamaan Solat Sunat Selepas Isya’
Sabda Rasulullah s.a.w. : “barangsiapa solat empat
rakaat selepas solat Isya’ dahulu daripada berkata-kata (hal-hal dunia) ia
seolah-olah seperti mendapat akan malam Lailatul Qadar di dalam Masjidil
Haram.”
Keutamaan Solat Sunat Rawatib.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barangsiapa solat
di dalam sehari semalam dua belas rakaat selain dari solat fardhu maka
diperbuat Allah Ta’ala baginya satu rumah di dalam syurga.” (Riwayat
Muslim).
4.
SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID
Memasuki masjid bererti memasuki
rumah Allah. Bagi mendapat berkat dan rahmat Allah s.w.t. maka disunatkan solat
sunat Tahiyyatul Masjid sebelum duduk – Sunat Muakkad.
Masa Mengerjakan
Boleh dilakukan pada bila-bila masa
memasuki masjid dan hendak duduk di dalam masjid tetapi apabila qamat sudah dibacakan
maka solat sunat Tahiyyatul Masjid tidak lagi disyari’atkan ; seperti sabda
Nabi yang bermaksud : “Apabila telah diqamatkan untuk solat, maka tiada
lagi solat kecuali solat fardhu.”
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja
aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah
Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas
Bila duduk di dalam masjid,
hendaklah lafaz niat i’tikaf iaitu :
Sahaja aku
i’tikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta’ala
Keutamaan
Mengerjakannya.
a) Abu Qatadah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
: “Apabila seseorang kamu masuk ke masjid maka janganlah ia duduk
sebelum bersolat dua rakaat. (hadis riwayat Al-Bukhari).
b) Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang maksudnya
: “Berikanlah hak masjid kepadanya. Para sahabat bertanya : Apakah hak
masjid wahai Rasulullah? Baginda menjawab : “Engkau solat dua rakaat sebelum
engkau duduk.”
4.
SOLAT SUNAT JUMAAT
i.
Solat Sunat Sebelum Fadhu Jumaat
Masa Mengerjakan
Setelah azan dan sebelum mendirikan
fardhu Jumaat.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja
aku solat sunat sebelum fardhu Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah
Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas
ii.
Solat Sunat Selepas Fardhu Jumaat
Masa Mengerjakan
Selepas mendirikan fardhu Jumaat
(sebaiknya setelah wirid dan doa) dan lebih afdhal dilakukan di rumah.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja
aku solat sunat selepas Fardhu Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah
Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas
Keutamaan
Mengerjakannya.
Daripada Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :“Barangsiapa yang mandi pada
hari Jumaat kemudian datang ke masjid lalu dia solat seberapa yang diinginya
(semampunya), kemudian dia diam sehingga imam selesai berkhutbah, selanjutnya
solat bersama-sama imam (solat fardhu Jumaat), diampuni dosanya dari hari itu
sehingga hari Jumaat selanjutnya dan ditambah sebanyak tiga hari.” (Hadis
riwayat Imam Muslim).
6.
SOLAT SUNAT DHUHA
Dinamakan Solat Dhuha kerana waktu
mengerjannya pada waktu tersebut (Dhuha)
Masa Mengerjakan
Waktu solat Dhuha bermula dengan
naiknya matahari sampai sepenggalah (lebih kurang 8 pagi) dan berakhir di waktu
matahari gelincir (sebelum zawal)
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – tidak ditetapkan
secara pasti tetapi paling kurang dua rakaat manakala paling banyak menurut
beberapa hadis sahih adalah lapan rakaat. Walaupun demikian sebahagian ulama’
berpendapat bahawa jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang
membatasinya.
Lafaz Niat
“Sahaja
aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah
Asy-Syams
Rakaat kedua – baca surah Ad-Dhuha
Semasa sujud akhir bacalah seperti
berikut 40 kali
Doa selepas solat sunat Dhuha
Ertinya : Ya Allah,
bahawasanya Dhuha itu Dhuha Engkau dan kemegahan itu kemegahan / keagungan
Engkau dan keindahan itu keindahan Engkau dan kekuatan itu kekuatan Engkau, Ya
Allah, bila keadaan rezeki ku di langit maka turunkanlah ia, dan bila di dalam
bumi, maka keluarkanlah ia, bila di dalam air atau di laut maka keluarkanlah
ia, dan apabila haram maka sucikanlah ia dan apabila jauh dekatkanlah iam dan
apabila sedikit, maka perbanyakkanlah ia dan apabila banyak maka berkahkanlah
ia bagiku atasnya, dan sampaikanlah ia di mana saja aku berada, dan jadikanlah
tangan saya di atas untuk menjadi pemberi dan janganlah jadikan ia di bawah
untuk meminta, sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu Maha Kuasa, atas
Dhuha Engkau yang hak, dengan kemegahan serta kekuasaan Engkau, dan
pemeliharaan Engkau, maka tidak ada daya upaya serta kekuatan kecuali dengan
pertolongan Engkau. Sampaikanlah padaku apa yang Engkau sampaikan kepada
hamba-hamba Engkau yang soleh/taat serta baik-baik. Maka Allah berselawat atas
pemimpin kami (Nabi) Muhammad dan para keluarganya serta para sahabatnya dalam
kesejahteraan dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.” (Semoga
diterima).
Keutamaan
Mengerjakannya
Sabda Rasulullah s.aw. : “Barangsiapa
yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan kekal terus menerus, akan diampuni
dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu seluas lautan.” – Hadis riwayat
At-Tirmizi).
Sabda Rasulullah s.aw. : Solat Dhuha
itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran/kemiskinan dan tidak ada yang
akan memelihara solat Dhuha kecuali orang-orang yang bertaubat/mendekatkan diri
kepada Allah. – Al-hadis.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya
: :Kekasihku Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada ku tiga perkara
iaitu berpuasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan
mengerjakan witir sebelum tidur”. – hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Umar Ibn Suib bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya :Barangsiapa solat sunat
Dhuha 12 rakaat dan dibaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Ayatul Kursi dan
Surah Al-Ikhlas 3 kali nescaya turun dari langit 70,000 malaikat bersama mereka
itu beberapa kertas putih dan beberapa Kalam daripada Nur menyurat (menulis)
mereka baginya akan beberapa kebajikan hingga hari ditiup sangkakala maka
apabila pada hari kiamat datang akan dia oleh segala malaikat serta setiap satu
malaikat itu pakaian dan hadiah, maka berdiri mereka itu pada kuburnya dan
berkata mereka itu pada kuburnya : Hai sahabat kubur, bangkitlah dengan izin
Allah maka bahawasanya engkau daripada orang-orang yang benar.
Daripada Nuwas bin Sam’am bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :“Allah ‘Azza Wajalla berfirman :
Wahai Anak Adam, jangan sesekali engkau malas mengerjakan solat sebanyak empat
rakaat pada permulaan siang (Solat Dhuha), kelak akan Aku cukupkan keperluanmu
pada waktu petangnya.” – Hadis Riwayat Hakim dan Thabarani.
7.
SOLAT SUNAT ISYRAQ
Masa Mengerjakan
Selain daripada solat Dhuha, solat
sunat Isyraq juga dikerjakan di waktu pagi. Masanya bermula apabila matahari
sudah terbit sekadar sepenggalah iaitu lebih kuran 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Setelah itu diteruskan dengan solat sunat Dhuha.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – 2 rakaat
Lafaz Niat
“Sahaja
aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah
Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas
Doa selepas solat sunat Isyraq
Ertinya : “Segala puji
kembali kepada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit
matahari dari tempatnya. Ya Allah! Berikanlah aku kebaikan hari ini dan
jauhkanlah daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan
cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan matahariMu terus
menerus dengan RahmatMu. Ya Tuhan Ya Maha Pengasih.”
Keutamaan
Mengerjakannya
Allah memurahkan rezeki pada orang
yang selalu mengamalkan solat sunat Isyraq.
8.
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat sunat Istikharah dilakukan
apabila ada keraguan di dalam hati dalam membuat pilihan dan keputusan yang
tidak dapat dipastikan samada perlu diteruskan atau tidak. Bagi tujuan tersebut
sebarang hajat yang bersifat harus amatlah digalakkan untuk melakukan solat
sunat Istikharah manakala hajat yang bersifat haram hendaklah dijauhkan.
Solat sunat Istikharah sebenarnya
adalah bertujuan mencari kebaikan dalam membuat pilihan yang tepat iaitu
sekiranya kita mempunyai hajat (dalam membuat pilihan) lalu didirikan solat
sunat Istikharah. Semoga Allah memberi petunjuk untuk membuat pilihan dan
bentuk petunjuk tidaklah semestinya melalui mimpi tetapi juga gerak rasa dan
perasaan kita terhadap hajat tersebut.
Masa Mengerjakan
Boleh dilakukan pada bila-bila masa
sesuai dengan tujuan dan maksud kita. Boleh dilakukan berulang-ulang kali sehingga
memperolehi isyarat atau petunjuk terhadap perkara yang kita ragukan tersebut.
Cara Mengerjakannya
v Bilangan rakaat –
i) Dua rakaat satu salam atau
ii)
Dua belas rakaat enam salam
Lafaz Niat
“Sahaja
aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – baca surah
Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas
Dalam sujud yang terakhir (sujud
kedua dalam rakaat kedua), bacalah tasbih berikut :
Ertinya : “Maha Suci Engkau,
tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan
kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana”.
Doa selepas solat sunat Istikharah
Ertinya : “Ya Allah, aku
memohon petunjuk yang baik dalam pengetahuan Mu, aku memohon ditakdirkan yang
baik dengan kudrat Mu, aku mengharapkan kurnia Mu yang besar. Engkau Maha Kuasa
dan aku adalah hamba Mu yang dhaif. Engkau Maha Mengetahui dan aku adalah hamba
Mu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan tersembunyi. Ya
Allah, jika hal ini dalam pengetahuan Mu adalah baik bagi kehidupanku sekarang
dan masa akan datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku
berkat daripadanya. Tetapi jika dalam ilmu Mu hal ini akan membawa bencana bagiku
dan bagi agamku, baik sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoa Engkau ditakdirkan aku pada
pada yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Keutamaan
Mengerjakannya
a) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabarani bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya : “Tidak akan kecewa
bagi orang yang melaksanakan solat istikharah dan tidak akan menyesal bagi
orang yang suka bermesyuarat dan tidak akan berkurangan bagi orang yang suka
berhemat.”
b) Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang
maksudnya : “Rasulullah s.a.w. memberikan pelajaran kepada kita untuk
beristikharah di dalam segala perkara, sebagaimana Baginda mengajar kepada kita
surah dari Al-Quran. – Hadi riwayat Ibnu Majjah.
c) Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Anas r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila kamu bercita-cita untuk
mengerjakan sesuatu, maka hendaklah kamu meminta pilih (solat
Istikharah)daripada Allah sebanyak tujuh kali. Selepas itu lihatlah apa yang
digerakkan pada hati oleh Allah mendahulukannya, kerana sesungguhnya kebaikan
itu ada pada apa yang didahulukan.”
9.
SOLAT SUNAT AWWABIN
Solat sunat Awwabin adalah solat
sunat yang dikerjakan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
serta menginsafi dosa yang telah dilakukan, disertai dengan hasrat untuk
bertaubat serta menambahkan keimanan kepadaNya.
Masa Mengerjakan
Waktunya ialah antara waktu Maghrib
dan Isya’
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – Samada dua, empat
atau enam rakaat. (tetapi lebih afdhal enam rakaat dan tiga salam)
Lafaz Niat
“Sahaja
aku solat sunat Awwabin serta memelihara iman dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – Surah Al- Ikhlas
enam kali
Surah Al-Falaq sekali
Surah An-Nas sekali
Rakaat kedua sama seperti bacaan di
atas (rakaat pertama)
Doa selepas solat sunat Awwabin
Ertinya : “Ya Allah,
luruskan jalanku dengan iman, dan peliharalah keimanan itu atas diriku, semasa
matiku dan selepas matiku.”
Setelah mendirikan dua rakaat yang
pertama, maka kalau mampu teruskan dengan dua rakaat yang kedua dengan lafaz
niat berikut :-
Sahaja aku solat sunat Awwabin dua
rakaat kerana Allah Ta’ala
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – Surah Al- Kaafiruun
Rakaat kedua – Surah Al-Ikhlas
Setelah itu, berdiri lagi untuk
mengerjakan dua rakaat yang ketiga, dengan lafaz niat berikut :-
Sahaja
aku solat sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Setelah memberi salam maka
ucapkanlah :
Ertinya : “Wahai yang hidup
selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan, aku mohon
kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan Nur MakrifatMu, Ya Allah! Ya Allah!
Wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih: kasih yang pengasih.”
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – Surah Al- Kaafiruun
Rakaat kedua – Surah Al-Ikhlas atau
Rakaat Pertama – Ayat 68 – 70 Surah
Al-Qasash
Rakaat kedua – Ayat 36 – 38 Surah
Al-Ahzab
Selepas memberi salam, bacalah doa
berikut :-
Ertinya : “Ya Allah!
Pilihlah untukku sesuatu yang padanya kebaikan dan keelokan pada urusan agamaku
dan duniaku dengan Rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang.
Keutamaan
Mengerjakannya
Diriwayatkan dari At-Tirmizi dan
Ibnu Majjah bahawa dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda : “Siapa mengerjakan solat sunat sesudah Maghrib enam
rakaat sebelum bercakap apa-apa yang buruk, maka samalah seperti dia
mengerjakan ibadat selama dua belas tahun.”
Ibnu Nasr meriwayatkan dari Ibnu
Umar yang berkata : “Siapa mengerjakan solat sunat sesudah Maghrib enam
rakaat sebelum bercakap, maka akan diampunkan dosanya oleh Allah selama lima
puluh tahun.” (Hadis)
10. SOLAT
SUNAT TAUBAT
Solat sunat Taubat adalah solat
sunat yang dianjurkan bagi orang yang menyesali perbuatan maksiat yang
dilakukannya. Allah s.w.t. sangat mengasihi orang yang suka mengaku
kesalahannya serta bertaubat. Rasulullah s.w.a. adalah seorang yang maksum
(tiada dosa) telah beristighfar dan bertaubat antara 70 hingga 100 kali sehari,
maka kita sebagai makhluk Allah yang lemah dan sentiasa terjerumus dalam
melakukan dosa kecil atau besar sewajarnyalah bertaubat kepada Allah s.w.t.
Apabila seseorang yang ingin bertaubat adalah disunatkan supaya mendirikan
solat sunat Taubat dua rakaat.
Masa Mengerjakan
Waktu tidak ditetapkan secara khusus
dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, tetapi adalah lebih baik jauh dari
hiruk-pikuk terutamanya di malam yang sunyi.
Cara Mengerjakannya
Bilangan rakaat – Boleh dilakukan
seberapa banyak rakaat yang dikehendaki asalkan ianya dilakukan setiap dua
rakaat dengan sekali salam.
Lafaz Niat
“Sahaja aku solat sunat Taubat dua
rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – Ayat Kursi sebelas
kali
Rakaat kedua –surah Al-Ikhlas
sebelas kali
Dalam sujud terakhir, selepas
membaca tasbih biasa sewaktu sujud, bacalah tasbih Taubat ini 40 kali.
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha
Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim.
Selepas memberi salam perbanyaklah
istighfar memohon keampunan Allah s.w.t. Seringkas-ringkas dengan ucapan
Astaghfirullahal ‘azim. Dan sebaik-baiknya ucapkanlah berulang kali seperi
berikut :-
Ertinya : “Aku memohon
keampunan kepada Allah Yang maha Agong, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup
dan terus menerus Ada, dan aku bertaubat kepadaNya sebagaimana taubatnya
seorang hamba yang banyak dosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk membuat
mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun ketika dibangkitkan nanti.”
Keutamaan
Mengerjakannya.
Allah s.w.t. berfirman di dalam
ayatNya yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.” (Al-Baqoroh : Ayat 222)
FirmanNya lagi bermaksud : “Dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya
kamu beruntung.” (An-Nur : Ayat 31)
Dan firmanNya : “Dan orang-orang
yang apabila mereka telah melakukan perbuatan keji atau menginayai diri mereka
sendiri, lantas mereka ingat kepada Allah, kemudian mereka memohon ampun atas
dosa-dosa mereka itu.” (Ali Imran : Ayat 135)
No comments:
Post a Comment