PEMBAHAGIAN SOLAT SUNAT
Solat-solat sunat dapat dibahagikan
kepada tiga jenis utama iaitu Solat Sunat Mu’akkad (solat Sunnah), Solat Sunat
Muqoyyat Tidak Mu’akkad (Solat Mustahab) dan Solat Sunat Tatauwuk (Solat
Mutlak)
1.
Solat Muqayyad Mu’akkad – (Solat Sunnah)
Solat Muqayyad bermaksud solat yang
dikerjakan tertakluk dan terikat dengan waktu dan jumlah rakaat yang tertentu.
Jadi Solat Muqayyad Mu’akkad yang juga dikenali sebagai Solat Sunnah adalah
solat yang selalu dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara tetap, malah
Rasulullah s.a.w. pernah mengqada’kannya sekiranya tidak dapat dikerjakan pada
waktunya.
Abu Hurairah r.a. pernah meriwayatkan katanya : “Bahawasanya
Rasulullah s.a.w. tidak mengerjakan dua rakaat Solat Fajar kerana tertidur.
Maka baginda mengqada’kannya setelah matahari naik.”
2.
Solat Muqayyad Tidak Mu’akkad (Solat Mustahab)
Solat Mustahab ialah solat yang mana
Rasulullah s.a.w. tidak melakukannya secara tetap tetapi dianjurkan untuk
melakukannya kerana keutamaannya serta ganjaran pahalanya.
3.
Solat Tatauwuk (Solat Mutlak)
Solat Mutlak adalah solat yang tidak
terikat dengan waktu dan rakaat tertentu. Ia dilakukan secara sukarela oleh
seseorang yang ingin bermunajat serta mencari keredhaan Allah s.w.t. Boleh
dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada masa yang dilarang untuk bersolat.
Ketiga-tiga jenis solat tersebut
juga disebut Solat Nawafil (Nafila) yang bermaksud tambahan atau penambahan
iaitu sebagai tambahan kepada solat-solat fardhu.
Terdapat perbezaan dalam keutamaan
semasa mengerjakan solat-solat sunat tersebut di mana ada yang lebih utama
(afdhal) dikerjakan secara berjemaah dan ada yang lebih afdhal dilakukan
bersendirian.
Solat Sunat Yang Afdhal Dikerjakan
Secara Berjemaah
1. Solat
Sunnat Hari Raya
2. Solat
Sunnat Gerhana
3. Solat
Sunnat Istisqa’ (Mohon Hujan)
4. Solat
Sunnat Tawawikh dan sebagainya.
Solat Sunat Yang Afdhal Dikerjakan
Secara Bersendirian
1. Solat
Sunnat Witir
2. Solat
Sunnat Fajar
3. Solat
Sunnat Rawatib
4. Solat
Sunnat Dhuha
5. Solat
Sunnat Tahiyyatul Masjid
6. Solat
Sunnat Tahajjud
7. Solat
Sunnat Hajat
8. Solat
Sunnat Istikhorah dan sebagainya
No comments:
Post a Comment