KISAH KESEPULUH
MUSA DAN MALAIKAT MAUT
Musa
adalah orang yang punya kedudukan (terkemuka) dan pemimpin yang mudah
berinspirasi, sehingga mampu mengendalikan umat yang keras tabiatnya, serta
banyak ragu-ragu dalam menghadapi berbagai perkara seperti kepemimpinan,
kebijaksanaan dan penunjuk. Musa memiliki kekhususan tersendiri serta mampu
kemampuan yang tinggi, sehingga barangsiapa yang memiliki sifat semisalnya,
maka tingkah lakunya dimuliakan oleh yang lainnya, dikeranakan kepribadian
sesuai dengan tingkah lakunya.
Oleh
karerna itu, ketika Malaikat maut datang kepada Musa, kemudian meminta izin
untuk mencabut nyawanya, maka Musa menampar Malaikat tersebut hingga rosak
matanya (mata manusia). Malaikat maut mendatangi Musa dalam wujud seorang
lelaki, kemudian Musa diberi pilihan antara berpindah ke sisi Tuhannya atau
tetap hidup di dunia dalam masa yang lama, sebelum datang kepadanya kematian.
Akan tetapi Musa memilih berpindah ke sisi Tuhannya, atas sulitnya kehidupan
dunia dan ujiannya. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala memenuhi permohonannya,
kemudian mendekatkannya ke tanah suci sejauh lemparan baju.
Sehingga
kuburannya terletak di sebelah timur tanah suci. punggung sapi jantan, rambut
yang tertutup oleh tanganmu itulah umurmu yang tersisa. Satu rambut, satu
tahun." Musa bertanya, ’Seterusnya apa?’ Malaikat menjawab, ’Kemudian kamu
mati.’ Musa berkata, ’Sekarang, ya Rabbi, dari dekat.’ Musa berkata,
’Matikanlah aku di dekat tanah suci sejauh lemparan batu.’ Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Demi Allah, seandainya aku di sana, nescaya aku tunjukkan
kuburnya kepada kalian di samping jalan di pasir merah."
PENJELASAN
HADIS
Rasulullah
s.a.w. memberitakan kepada kita bahawa di antara kemuliaan para Nabi di sisi
Allah adalah bahawa mereka diberi pilihan menjelang kematian, antara hidup di
dunia atau berpindah ke Rafiqil A’la. Dalam beberapa hadis shahih dari Aisyah,
bahawa Nabi s.a.w. diberi pilihan, dan beliau memilih Rafiqil A’la.
Allah
mengutus Malaikat maut yang menjelma dalam wujud seorang lelaki kepada Musa.
Malaikat meminta agar Musa menjawab panggilan Tuhannya. Ini berarti bahawa
ajalnya telah tiba dan saatnya telah dekat. Musa memiliki temperamental yang
cukup tinggi, kerananya dia menempeleng wajah Malaikat maut dan merosak matanya
(mata manusia). kerana seandainya dia dalam wujud aslinya, yakni Malaikat,
nescaya Musa tidak akan mampu menempelengnya. Tidak akan boleh!
Malaikat
maut kembali kepada Allah untuk mengadukan apa yang diperolehnya dari Musa.
Lalu Allah menyembuhkan matanya dan menyuruhnya kembali kepada Musa, agar
meletakkan tangannya di atas punggung sapi, kemudian rambut-rambut yang
tertutup oleh tangannya itu dihitung dan satu helai rambut satu tahun. Maka
ajal Musa sama dengan jumlah rambut itu.
Dengan
itu Musa mendapatkan kehidupan yang panjang. Jika Musa melakukan itu, nescaya
dangan tidak menutup kemungkinan dia tetap hidup sampai hari ini. Akan tetapi,
manakala Musa bertanya kepada Malaikat maut tentang apa yang ada di balik
kehidupan panjang tersebut, dia dijawab, ’Maut.’ Maka Musa memilih yang dekat.
Apa yang ada di sisi Allah bagi para Rasul dan Nabi-Nya, serta hamba-hamba-Nya
yang soleh, adalah lebih baik dan lebih kekal.
Jika
roh para syuhada berada di perut burung hijau yang beterbangan di kebun-kebun
syurga, memakan buah-buahnya, minum dari sungainya dan berlindung di
lampu-lampu yang bergantungan di atap ’Arasy Allah, maka kehidupan para Nabi
dan Rasul adalah di atas semua itu. Apa yang didapat oleh Musa seandainya dia
hidup sampai hari ini, dia pasti memikul kesulitan-kesulitan dunia dan
ujian-ujiannya. Dia akan menyaksikan peristiwa-peristiwa besar yang terjadi
sepanjang sejarah yang membuat pikiran sibuk dan hati bersedih. Bukankah lebih
baik dia berada di Rafiqil A’la dengan para Rasul dan para Nabi menikmati
kenikmatan syurga, daripada hidup di rumah kesengsaraan dan ujian?!
Musa
diminta untuk memilih dan dia telah memilih kembali kepada Allah daripada
kehidupan yang lama dan panjang. Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik
dan lebih kekal dan Akhirat lebih baik daripada dunia. Musa memohon kepada
Allah pada waktu ruhnya dicabut agar dideakatkan kepada tanah yang suci sejauh
lemparan batu. Permintaan Musa ini adalah wujud kecintaannya kepada tanah suci
yang berakar di dalam jiwanya, sehingga dia meminta dikubur di perbatasannya,
dekat dengannya.
Tetapi
Musa tidak meminta kepada Allah agar mematikannya di tanah suci, kerana dia
mengetahui bahawa Allah mengharamkannya atas generasi di mana Musa berasal. Ini
sebagai hukuman atas ketidaktaatan mereka kepada perintah Tuhan mereka agar
masuk tanah suci seperti yang telah Allah tulis untuk mereka.
Mereka
berkata, "Pergilah kamu bersama
Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di
sini saja." (QS. Al-Maidah: 24). Lalu Allah menulis atas mereka
kesesatan selama empat puluh tahun di gurun Sinai.
Allah
menjawab doa Musa. Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan kepada kita bahawa
kuburan Musa terletak di pinggiran tanah suci di dataran pasir merah.
Seandainya beliau di sana, nescaya beliau menunjukkan tempat itu kepada
sahabat-sahabatnya.
PELAJARAN-PELAJARAN
DAN FAEDAH-FAEDAH HADIS
1.
Hadis ini menunjukkan bahawa sebelum
nyawa para Nabi dicabut, mereka diberi pilihan antara terus hidup atau
berpindah kepada rahmatullah, sebagaimana Musa diberi pilihan. Aisyah telah
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda pada waktu beliau sakit menjelang
wafatnya, "Ya Allah, Rafiqul A’la." Aisyah mengerti bahawa beliau
diberi pilihan maka beliau memilih.
2.
Kemampuan Malaikat menjelma dalam
wujud manusia, sebagaimana Malaikat maut yang mendatangi Musa dalam wujud
manusia.
3.
Kematian adalah haq dan pasti. Jika
ada yang melarikan diri dari maut, tentulah mereka adalah para Nabi dan Rasul.
4.
Kedudukan Musa di sisi Allah. Musa
menampar Malaikat maut hingga rosak matanya. Kalau saja bukan kerana kemuliaan
Musa di hadapan Allah, mungkin Malaikat akan membalasnya dengan keras.
5.
Keberadaan kubur Musa di tepi
perbatasan tanah suci, dan Rasulullah mengetahui tempat kuburnya. Beliau
menunjukkan sebahagian alamat kuburnya, iaitu di tepi jalan di tanah pasir
merah.
6. Keinginan Musa agar kuburnya dekat dengan
tanah suci, dan diperbolehkan saja bagi siapa saja yang ingin mati di tanah
suci.
7.
Tanah suci yang diberkahi memiliki
batasan. Musa meminta kepada Allah agar mendekatkan kuburnya darinya sejauh
batu dilempar. kerananya, Musa dikubur di luar, di pinggirannya.
No comments:
Post a Comment