SEPUTAR WANITA
Sepuluh
Jenis Seksaan Yang Menimpa Wanita
Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi
Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah
menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan
(1) Perempuan
yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka
adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki
lain.
(2) Perempuan
yang digantung dengan lidahnya
(3) Tangannya
dikeluarkan daripada punggung
(4) Minyak panas
dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti
hati suami dengan kata-katanya.
(5) Perempuan
digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam
kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa
keizinan suaminya.
(6) Perempuan
diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular
dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi
tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka
sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi
iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
(7) Perempuan
yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala.
Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka
menceritakan aib orang lain.
(8) Perempuan
yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah
perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan
perhiasannya.
(9) Perempuan
yang kepalanya seperti kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai.
Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
(10) Rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular
serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka
adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Wallahualam
25
Jenis Wanita
1. Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang
wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat
solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita
yang tidak hamil.
5. Wanita yang
memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat
satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang
melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang
habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang
melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
10. Wanita yang
tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang
memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang
itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang
menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang
menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.
14. Wanita yang
menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang
hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang
hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang
bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya
wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati
syahid.
19. Jika wanita
melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita
menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita
memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita
memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang
meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang
akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu
ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan
ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu
ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya
ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.
Bagaimana rasanya ketika
berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu
dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu
yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung
kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih
hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu
baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed
Ahmad Khan; Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita: Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..
19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang
takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
10. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu,
puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki
yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya.
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka
Wanita
Itu Rumput Semalu
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w
berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka
berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
Siti
Hawa Wanita Paling Cantik
SITI Hawa, namanya yang begitu serasi dengan
Nabi Adam. Adam dan Hawa ialah manusia pertama yang diciptakan Allah. Siti Hawa
ialah isteri pertama daripada seorang makhluk dan seorang nabi yang disebut
kitab yang turun dari langit.
Nas agama serta buku tafsir tidak menyebut apa-apa mengenai sifat Siti Hawa. Ulama juga tidak sama sekali membabitkan diri dalam hal mengenai Siti Hawa disebabkan mereka terlampau menumpukan perbahasan di sekitar perkara kesalahan saja.
Tetapi, memang tidak syak lagi Siti Hawa wanita yang paling cantik di alam ini kerana Allah itu Maha Sempurna. Tentulah Dia tidak mencipta sesuatu, melainkan ciptaan itu sempurna dan cantik.
Siti Hawa satu-satunya wanita dicipta Tuhan semesta alam ini sendiri dan Dia melengkapkan padanya semua keindahan, kesempurnaan dan kecantikan.
Jelas, itu suatu hikmat yang tidak dapat dicapai pemikiran kita sama sekali serta bagaimana Adam dan Siti Hawa boleh melanggar perintah Allah.
Apabila berlaku saja maksiat itu, terdedahlah aurat kedua-duanya dan ternampaklah bentuk tubuh manusiawi dari Adam dan Siti Hawa. Lalu, mereka sibuk mencari sesuatu untuk menutup aurat masing-masing.
Firman Allah bermaksud: “Maka apabila mereka memakan buah dari pohon itu, terdedahlah aurat daripada kedua-duanya dan mereka pun sibuk menutup dirinya dengan daun-daun pohon syurga. Kedua-duanya pun diseru Tuhan mereka: Bukankah sudah Aku larang kamu berdua dari pohon itu, dan Aku nyatakan kepada kamu berdua bahawasanya syaitan itu musuh yang terang kepada kamu berdua.
”Mereka mengatakan: Tuhan kami! Kami menganiayai diri kami sendiri dan jika Engkau tiada mengampuni kami dan merahmati kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.
”Tuhan mengatakan: Pergilah kamu, sesetengah kamu akan menjadi musuh kepada setengah yang lain dan bumi itu akan menjadi tempat tinggal dan kesenangan kamu sampai ke masa yang ditetapkan. “Tuhan mengatakan lagi: Di bumi kamu akan hidup dan di bumi juga kamu akan mati dan daripada bumi pula kamu akan dibangkitkan nanti.” (Surah al-A’raf, ayat 22-25).
Siti Hawa ialah ibu kepada sekalian wanita. Dia juga isteri yang pertama diakui langit kepada seorang lelaki. Dia bukan saja isteri daripada makhluk dan nabi yang pertama di dalam alam ini, bahkan wanita pertama yang menderhaka. Dia juga yang pertama menghuni syurga dan keluar dari syurga. Siti Hawa juga isteri kepada khalifah yang pertama di muka bumi ini.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Aku menjadikan khalifah di muka bumi ini.” (Surah al-Baqarah, ayat 30).
Ishah kedua daripada Sifir Takwin mengkisahkan: Tuhan mewasiatkan Adam, katanya: “Semua pepohonan yang mengeluarkan makanan boleh engkau makan. Adapun pohon mengenal kebaikan dan kejahatan, janganlah kau makan daripadanya. Sebab jika kau makan daripadanya, mati akan menimpamu.”
Dan Tuhan berkata lagi: “Tiada bagus Adam tinggal sendirian begitu, jadikanlah baginya seorang pembantu sama sejenis dengannya. Kemudian Tuhan mengumpulkan semua binatang di muka bumi dan segala burung yang di langit, lalu Dia membawanya kepada Adam, supaya dia memanggilnya satu-satu.
Setiap yang dipanggil Adam dari yang hidup bernyawa, itulah namanya. Adapun memanggil nama semua binatang dan burung di langit dan semua binatang di hutan, tetapi untuk dirinya sendiri, dia tidak menemui pembantu sejenis dengannya.
Tuhan pun menimpakan tidur ke atas Adam, maka tidurlah dia. Lalu Tuhan mencabut satu daripada tulang-tulangnya dan disalutkannya dengan daging dan Tuhan membuat daripada tulang yang dicabut-Nya daripada Adam itu menjadi seorang wanita yang kemudian dibawa kepada Adam.
Lalu Adam berkata: Inilah dia sekarang tulang daripada tulang-tulangku, daging daripada dagingku dan inilah dia dinamakan wanita kerana dia daripada tubuhku sendiri.
Firman Allah: “Ingatlah, ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat, bahawa Aku menciptakan manusia daripada tanah. Apabila Aku membentuknya menjadi sempurna, Aku tiupkan roh-Ku, hendaklah kamu sekalian tunduk merendah diri kepadanya. Semua malaikat tunduk merendah diri melainkan iblis saja yang menyombongkan diri dan tergolong orang yang kufur.”
(Surah Shad, ayat 71-74)
No comments:
Post a Comment