Monday, 21 March 2016

KENAPA DOA KITA TIDAK TERIMA OEH ALLAH

KENAPA DOA KITA TIDAK TERIMA OEH ALLAH

Sekumpulan lelaki telah bertanya kepada Ibrahim Adham. Kenapa kita berdoa kepada Allah tetapi Allah tidak menjawab permintaan kita sedangkan Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: " Berdoalah kamu kepadaKu akan Ku makbulkan." Maka Ibrahim al-Adham pun menjawab: "Hati kamu mati". Lalu mereka bertanya lagi: "Apakah  yang  menyebabkan  hati mati". Lalu Ibrahim Adham menjawab: "Hati kamu mati disebabkan oleh sepuluh perkara."

a)            Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak Allah s.w.t

b)            Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan suruhannya.

c)            Kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu meninggalkan sunah Baginda.

d)           Kamu mengatakan kamu takut mati tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

e)            Kamu mengatakan bahawa syaitan itu musuhmu tetapi kamu tetap melakukan maksiat(suruhan syaitan)

f)             Kamu mengatakan bahawa kamu takutkan neraka tetapi kamu masih mengamalkan yang menyebabkan masuk neraka.

g)            Kamu mengatakan kamu mencintai syurga tetapi tidak berusaha untuk mendapatkannya.

h)            Kamu makan nikmat Allah tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmatNya.

i)              Kamu mengebumikan jenazah tetapi tidak pernah mengambil iktibar atau pengajaran daripadanya.

j)              Kamu menyembunyikan keaipan dirimu tetapi suka membuka keaipan orang lain. Maka Allah s.w.t murka dengan kamu, bagaimana doa kamu hendak dimakbulkan.




No comments:

Post a Comment