10 PERKARA SIA-SIA
Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang
terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori
sia-sia, iaitu:-
1.
Lelaki
atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk
ibu bapanya dan kaum Muslimin.
2.
Orang
yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai
seratus ayat tiap-tiap hari.
3.
Lelaki
yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa
mengerjakan solat tahiyatul masjid.
4.
Orang
yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni
kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.
5.
Lelaki
yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu
tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.
6.
Lelaki
atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia
tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7.
Dua
orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang
keadaan masing-masing dan keluarganya.
8.
Lelaki
yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak
dilayani tetamunya itu.
9.
Pemuda
yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang
berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10.
Orang
yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia
sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
No comments:
Post a Comment