ZURIAT
Para
ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam
surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah
kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia
sendiri."
Terbuktilah
dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang
menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan
serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut
dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan
perempuan.
Kesimpulannya:
"Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan
sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah
kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung
kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri,
rahim akan lahir bayi perempuan."
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan
percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya adalah 97% dari
percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan
pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan
bulan kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.
Caranya:
1. Waktunya : Pada masa subur isteri
kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn
sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring
sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh
miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki,
miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini,
namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah
SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah
(Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah
wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil
hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah
kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan
vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi
yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah
dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila
telah mencuba.
Amalan Suami Semasa Isteri Mengandung.
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung:
a. Suami hendaklah banyak bertaubat
kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan
agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang
terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat,
Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan
solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak
dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan
orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam
menjalin hubungan dengan isteri.
h. Dilarang memakan benda-benda haram,
begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta
wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri
yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana
dikuatiri mempengaruhi akhlak anakb yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada
marah dan benci pada isteri.
l. Banyak
membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah AnNahl ayat 78, surah
Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
Adab Suami Ketika Isteri Sedang Mengandung
Ketika
isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap
isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat
memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara
yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih
sayang terhadap isteri, sebagai teman h idup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia
terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada
perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan
talaq kepada isteri..
e.
Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
"La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah,
sesungguhnya aku termasu k di kalangan orang yang zalim"
f. Suami
hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan
selamat.
Dorongan
Suami semasa isteri bersalin:
Suami
yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara
langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan,
kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar,
di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat.
Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia
harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya
mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus
mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami
perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa
dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam
setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut
menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu
berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang
harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan
keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.
Mengapa bayi lahir menjadi kenan
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara
mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan.
Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau
kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh
baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan
kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.
Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat.
Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung
seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir
cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya
melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan
kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas
dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.
Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak
1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita
tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima
ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri,
klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada
syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormone yang
terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat
kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa Cuma membuangkannya dalam tong
sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri
amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri
dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini
adalah baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang
baru lahir, telinganya berfungsidengan baik. Islam menganjurkan diazankan di
telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk
mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan
tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan
mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat
dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta
pertolongan kepada Allah.
Lima Perkara Yang Memepengaruhi Jiwa Dan
Harapan Orang Yang Berdoa
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh
subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan
mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT,
maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran
Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan
hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan
percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan
agar tidak tersesat dan berputus asa.
|
No comments:
Post a Comment