DIMANAKAH PUNCA
KEBINASAAN SESEORANG?
ERTINYA :- Daripada Abi Hurairah
Rodhiallahuanhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Selagi akan datang
suatu masa dimana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya,
kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang
lain dan dari suatu lubang ke suatu lubang yang lain. Maka apabila zaman itu
telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai
kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala.
Maka apabila ini terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati
kehendak isteri dan anak2nya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka
kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan
jikalau orang tuanya sudah tiada lagi maka kebinasaannya adalah berpunca dari
menepati kehendaki kaum kerabatnya (adik beradik sendiri) atau dari menepati
kehendak jirannya”. Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah s.a.w., apakah maksud
perkataan engkau itu?”. (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau
anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya dan jirannya). Nabi s.a.w.
menjawab : Mereka akan mencelanya dan mengabaikannya dengan kesempitan
kehidupannya, maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan
menceburkan dirinya di jurang2 kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya.”
HR : Al-Baihaqi
KETERANGAN :-
Benar sekali sabdaan
Rasulullah s.a.w. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara2 yang diharamkan
dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburikan diri ke dalam lumpur
kemaksiatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tua, keluarga ataupun
jiran mereka.

No comments:
Post a Comment