GOLONGAN YANG
AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Erinya :- Daripada Abi Hurairah Rodhiallahuanhu
berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Ada dua golongan yang akan menjadi
penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan
(penguasa) yang mempunyai cemeti2 bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk
memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang
lenggok waktu berjalan, menghayun2kan bahu, kepala mereka (sanggul di atas
kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini
tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya syurga,
sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat
jauh daripadanya.”
KETERANGAN :-
Kebenaran sabdaan
Rasulullah s.a.w. ini dapat kita lihat dari keadaan masyarakat yang ada pada
hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat,
bertindak kepada manusia dengan hokum rimba dan ramai perempuan yang berpakaian
tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh,
kerana masih ada secarik kain di atas badannya dan kalau kita hendak katakan
bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik
kain sain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian yang
sangat nipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.
Kemudia berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar.
Kedua-dua goolongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau
wanginya walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama
500 tahun sebelum sampai kepadanya.”

No comments:
Post a Comment