WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI
Sudah sedia maklum.. bukan sahaja wanita yang mahu lelaki yang soleh yang bakal menjadi imam bagi mereka... tapi lelaki juga inginkan wanita solehah untuk membantunya dalam urusan agamanya.. setiap pemimpin pasti perlu seseorang untuk membantunya...begitu juga dengan lelaki yang bakal menjadi imam bagi keluarga...perlukan seseorang untuk membantunya dalam keluarga demi mewujudkan suasana keluarga yang mawaddah dan sakinah iaitu wanita solahah..
Selain itu sebaik baik wanita serta seindah indah hiasan adalah wanita solehah yang bakal menjadi penyeri dan pelengkap bagi keluarga...bukan itu sahaja..wanita solehah adalah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh..begitu besarnya nilai seorang wanita solehah disisi Allah s.w.t. ...selain itu menurut pakar matematik islam iaitu Al Khawarizmi ada menyatakan seperti berikut...
Apakah nilai seorang perempuan solehah? Berapakah harganya di sisi Allah SWT? Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam: Jika wanita solehah dan beragama = 1 Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10 Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100 Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000 Tetapi jika yang ’1′ tiada…Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’
Antara kriteria seorang wanita solehah idaman lelaki dalah seperti yang berikut:
1. Kecantikan dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam
pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai
dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi
justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian
wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun
tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri
wanita itu tidak matang.
3. Cantik
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL
mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita
itu cantik pada akhlaknya.
4. Berakhlak
Mulia
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia
adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai
isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai
mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat
kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada
suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila
keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama
mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan
berusaha untuk mendidik mereka.
5. Berpegang
pada agama
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya,
hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
6. Dari keturunan yang baik-baik.
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah
diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti
anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita
idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki
diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual
terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup
bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang
unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki
ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk pandai kerana ianya
mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak
mempamerkan keseksian
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk
mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya
seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak
Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah
menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami
lelaki
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje.
Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan
kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang
sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam.
Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga
solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung
ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.
11. Tidak
terlampau cemburu
“Tidak boleh iri
hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah
harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu
pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan
Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk
mata memandang.
Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa
senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.
13. Pandai
menaikkan semangat dan bermotivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai
menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.
15. Mempunyai
persamaan yang bermakna
Suatu hari, Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.
16. Pemaaf
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan
diri
19. Mempunyai
‘body language’ yang baik.
Maksud ‘body language di sini adalah cara percakapan, kawalan diri di hadapan orang ramai dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment