KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT HADIS
Assalamualaikum dan salam sejahtera,di
sini saya berkesempatan ingin berkongsi tentang kelebihan atau keistimewaan
seorang wanita. Ada 19 keistimewaan wanita menurut hadis iaitu:-
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut
akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam surga).
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti
melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a. berkata,
"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka."
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah
dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan
semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat
dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam surga terlebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
No comments:
Post a Comment