SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Erinya :- Daripada Hazifah bin Alyaman Rodhiallahuanh
katanya : “Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua buah hadith (mengenai
dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat, sedang yang
kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawasanya
amanah itu lalu turun ke dalam lubuk hati orang2 yang tertentu, kemudian
turunlah al_Quran. Maka orang2 itu lalu mengetahui melalui panduan al-Quran dan
mengetahu melalui panduan assunnah. Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menceritakan
kepada kami tentang hilang amanah, lalu beliau bersabda, “seseorang itu tidur
sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah
bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu
diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tertinggallah bekasnya seperti
lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti
menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang engkau gilingkan
dengan kakimu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, pada
hal tidak ada apa-apa. Diketika Rasulullah s.a.w. menceritakan hadith ini
beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan
kakinya.
Kemudian
berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sajaha tiada
seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang
bahawasanya di kalangan bani fulan (di kampung tertentu) itu ada seorang yang
sangat baik memegang amanah, sangat dipercayai dan orang ramai mengatakan,
alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula
cerdik otaknya, pada hal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun
hanya seberat timbangan biji sawi.”
“Maka
sesungguhnya telah sampai masanya, saya pun tidak mempedulikan manakah antara
kamu semua yang saya hendak berjual beli. Jikalau ia seseorang Islam, maka
agamanyalah yang akan mengembalikan kepadaku (maksudnya agamanyalah yang dapat
menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang nasroni atau yahudi, maka
pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepadaku (maksudnya jika ia
seorang nasroni atau yahudi maka orang yang memegang kekuasaannya /
memerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak2ku
daripadanya). Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan
kamu semua kecuali dengan fulan dan fulan (orang2 yang tertentu sahaja).”
KETERANGAN :-
Hadith ini menunjukkan
bahawa sifat amanah akan hila cara beransur-ansur dari kalangan kaum muslimin,
sehinggalah suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanah pun
telah khianat pula.
Begitulah gambaran
masyarakat kita hari ini, ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada
zahirnya nampak boleh memikul amanah tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku
curang.
No comments:
Post a Comment