Ertinya :- Daripada Abu alik Al-Asy'ari r.a.
bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya ada
sebahagian daripada umatku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya
dengan nama yang lain. (mereka meminum) sambil dialunkan dengan munyi muzik dan
suara artis2. Allah Subhanahu Wataala akan meneggelamkan mereka ke dalam bumi
(dengan gempa) dan Allah akan merubah mereka menjadi kera atau babi."
HR : Ibnu Majjah
KETERANGAN :-
Maksudnya, akan ada di
kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang
diminum itu bukanlah khamar. Ianya hanyalah sejenis minuman yang dapat
menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan
suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar,
tetapi sebenarnya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'.
Kemudian seudah menjadi
kelaziman pula, suasana mabuk arak itu akan disertai dengan alunan muzik dan
juga nyanyian artas2 kenamaan. Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa golongan ini
akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka akan diubah kepada bentuk kera
atau babi.
Sangat benar sabdaan
junjungan besar Nabi s.a.w. ini. Gempa bumi demi gempa bumi berlaku dibeberapa
tempat didunia ini sebagai satu siksaan daripada Allah Subhanahu Wataala dan
jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka
menjadi kera atau babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak
menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.
No comments:
Post a Comment