BAHAYA KEMEWAHAN
ERTINYA :- Daripada Ali bin Abi Thalib
Rodhiallahuanh berkata : “Kamis edang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam
masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Amir Rodhiallahuanh dan tiada dibadannya
kecuali hanya sehelai selindang yang bertampung dengan kulit. Tatkala
Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya baginda menangis dan menitis air mata
kerana mengenangkan kemewahan nasib Mus’ab sekarang (kerana sangat dimanjakan
oleh ibunya dan seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda
dan kekayaan di Makkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : “Bagaimanakah
keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian,
dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan
satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain dan kamu menutupi
(menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu kaabah?”. Maka jawab
sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari
ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah
mencari rezeki”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “tidak! Keadaan kamu di hari ini
adalah lebih baik daripada keadaaan kami di hari itu.”
HR
: Al-Tarmizi
KETERANGAN
:
Dalam hadith ini Nabi
kita s.a.w. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat
kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti,
hidangan makanan tak putus2. Rumah2 mereka tersegam indah dan dihias dengan
bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata
seperti perkataan sabahat, dimana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah
hendak membuat ibadah. Tetapi nabi kita Muhammad s.a.w. mengatakan, “keadaan
serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita.” Ertinya lebih memungkinkan
kita untuk beribadah.
Kemewahan hidup banyak
menghalang seseorang daripada berbuat ibadah kepada Allah Subhanahu Wataala,
sepertimana yang berlaku dihari ini. Segala yang kita miliki kalau pun tidak
melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi bila dibanding dengan
kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadah
kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu
menyibukkan dan menghalangi dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta
dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak
ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., “Seandainya
seseorang anak adam itu telah mempunyai satu jurung emas, dia berhasrat
untuk mencari jurung yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah
(menemui kematian).
Begitulah gamabaran
yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia
sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika
itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi disaat
itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu, janganlah kita lupa daratan
dalam mencari kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat
harta. Tidak kira waktu solat, bahkan semua waktu untuk menimbunkan harta.
Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas2 keperluan. Kalau berlebihan
bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka
menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang
yang bijak adalah orang yang mempunyai perancangan untuk masa akhiratnya dan ia
menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
No comments:
Post a Comment