GOLONGAN ANTI HADITH
Ertinya :- Daripada Miqdam bin Ma’dikarib
Rodiallahuanhuma berkata : “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Hampir
tiba suatu masa dimana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas
katilnya, lalu disampaikan orang kepada sebuah hadith daripada hadithku ia
berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah (Al-Quran) sahaja. Apa yang
dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan dan apa yang diharamkan kami haramkan”.
(Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya) “Pada hal apa yang diharamkan oleh
Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah
Subhanahu Wata’ala”.
HR : Abu Daud
dan Ibnu Majjah
KETERANGAN :-
Lelaki yang dimaksudkan
di dalam hadith ini ialah seorang yang mengingkari kedudukan hadith sebagai
sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya kepada Al-Quran
sahaja. Baginya, hadith tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat
rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan agama Islam.
Dan sebenarnya, seseorang itu tidak akan dapat memahami Al-Quran jika tidak
merujuk kepada hadith Nabi s.a.w. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang
besar dan garis panduan umum, maka hadith yang berfungsi untuk memperincikan
isi dan kandungan serta kehendak ayat2 nya serta menghuraikan dan menerangkan
yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan
Al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadith Nabi s.a.w.
No comments:
Post a Comment